Cirit - Birit Disangka Keracunan Makanan , Pelawak Hamdan Senario Ditidurkan Akibat Jangk1tan Kuman Dalam D4rah

Isteri kepada Hamdan Senario memaklumkan pelawak itu kini ditidurkan di Hspital Sultanah Aminah, Johor Baharu akibat jangkitan kuman dalam d4rah.

Malini ketika dihubungi memberitahu Hamdan atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, mengalami cirit-birit sejak malam Sabtu namun menganggap ia mungkin disebabkan oleh ker4cunan makanan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih teruk membuatkan Malini memujuk suaminya itu untuk menerima rawatan di hspital.

"Puncanya dari malam tadi suami saya mengalami cirit-birit. Kami ingatkan dia hanya terkena ker4cunan makanan.

"Sampailah pukul 10 pagi tadi, kami pujuk dia untuk dibawa ke hspital dan periksa tekanan dar4h semuanya okay.

"Disebabkan menanti rawatan seterusnya, kami terpaksa tunggu selama empat jam dan membuatkan suami saya menjadi semakin lemah," katanya.

Dalam pada itu, Malini berkata selepas melakukan pemeriksaan d0ktor mengambil keputusan menidurkan Hamdan bagi mengurangkan sebarang komplikasi yang bakal dihadapi.

"Kemudian doktor memberikan oksigen kepada suami saya dan tiba-tiba doktor kata dia terpaksa ditidurkan disebabkan ada kuman dalam dar4h.

"Bila ada kuman dalam d4rah, tekanan darah pun jadi menurun dan jantung pun jadi lemah. Jadi suami saya terpaksa ditidurkan kerana kalau dibiarkan mungkin dia akan pengsan," ujarnya.

Puncanya dari malam tadi suami saya mengalami cirit-birit. Kami ingatkan dia hanya terkena keracunan makanan.

Sementara itu, Malini memberitahu suaminya tidak mengalami sebarang peny4kit namun hanya disyaki mempunyai masalah buah pinggang.

Malini turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat suaminya itu.

"Apa yang saya boleh katakan, suami saya tidak mempunyai sebarang penyakit dan dia hanya disyaki mempunyai masalah buah pinggang.

"Saya mohon doakan untuk kesembuhan dia ya," katanya.

Untuk info, kumpulan Senario bakal mengadakan showcase Senariounion di Hotel Sentral Johor Baharu pada malam Ahad.

Wartawan sempat merakamkan aksi Hamdan bersama anggota kumpulan Senario termasuk Wahid, Azlee, Saiful Apek dan Yassin sewaktu makan malam.

Keadaan Hamdan pada ketika itu dilihat masih sihat dan sempat beramah mesra bersama peminat.

Sumber:mstar, hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post