Dapat Resit Panjang Gara-Gara Pelanggan Banyak Songeh , Setiap Item Ada Pesanan. Tauke Restoran Syak Kerja Perempuan

Berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan adalah lumrah bagi pemilik restoran atau kedai makan.

Justeru sering kali kita dipaparkan dengan perkongsian mengenai kisah pelanggan yang cerewet dan tidak boleh bertolak ansur.

Bagaimanapun dalam satu hantaran yang tular di Fb baru-baru ini, seorang pemilik restoran berkongsi gelagat lucu pelanggannya yang begitu menghiburkan hati.

Menerusi hantaran berkenaan, pemilik restoran dikenali sebagai Cik Su berkongsi gambar sekeping resit pesanan makanan pelanggannya yang membuat tempahan menerusi aplikasi Food Panda.

Apa yang begitu melucukan, setiap item tempahan makanan yang dibuat pelanggan berkenaan turut disertakan dengan permintaan serta pesanan untuk 'dipatuhi' pihak restoran.

Seperti mana ungkapan 'customer is always right', setiap permintaan yang dinyatakan cuba dipenuhi oleh pemilik restoran berkenaan.

"Customer Cik Su comel-comel belaka. Dekat (Food) Panda pun dia bebel. Ternyatalah dia seorang perempuan.

"Kami ikut semua arahan! Nanti order lagi tau," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menerusi resit pesanan yang dikongsikan, pelanggan tersebut menempah nasi putih, telur dadar, Nasi Ayam Crispy, Nasi Ayam Roasted Pak Choy dan ayam goreng.

"Telur dadar dua ya... sebab kalau kedai lain tak perasan yang order dua biji. Terima kasih.

"Kalau boleh tak nak sambal. Tak makan sambal. Tapi kalau ada sekali set nasi ni, minta asingkan sambal daripada nasi. Terima kasih," tulisnya merujuk kepada pesanan Nasi Ayam Crispy dan Nasi Ayam Roasted Pak Choy.

Pesanan panjang lebar itu turut ditulis untuk tempahan ayam goreng sambil disertakan permohonan maaf kerana terlebih 'cerewet'.

Baca notes ni, sejuk je hati. Minta pun lemah lembut berterima kasih lagi.

"Ayam goreng pun dua juga. Jika ada bahagian paha, nak minta bahagian paha... nak bagi anak kecil makan. Terima kasih.

"Minta maaf sebab banyak songeh atau banyak notes. Semoga murah rezeki selalu," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan perkongsian berkenaan malah sempat mengusik pemilik restoran tersebut.

"Dia nak bermanja dengan Cik Su tu.

"Panjang resit... ingat order banyak, kena bebel banyak rupanya.

"Mujur dekat nasi tu dia tak tulis description... nasib baik juga tak minta ayam goreng paha kanan atau paha kiri," tulis netizen.

Namun rata-ratanya memuji sikap pelanggan berkenaan yang tidak lupa mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya permintaannya dianggap menyusahkan.

"Baca notes ni, sejuk je hati. Minta pun lemah lembut berterima kasih lagi.

"Ada 'terima kasih' di setiap request auto kita cair.

"Bagusnya dia... terima kasih tak lupa tulis. Kalau customer beradab macam ni, banyak songeh pun tak mengapa," demikian antara komen netizen.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post