Di Jaga Ibu Saudara Guna Duit Hasil Toreh Getah , Graduan UPM Terima Anugerah Endowmen . Bangga Bawa Makcik Naik Pentas

Pengalaman hidup sus4h sejak kecil menjadi perangsang untuk graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan, Sek0lah Perniagaan dan Ekonomi untuk melakar kejayaan tersendiri di Univeristi Putra Malaysia (UPM).

Berkongsi cerita, Nurul Syazwani Muhamed Zabidi berkata, dia dibesarkan dengan hasil pendapatan dua orang ibu saudaranya yang bekerja sebagai penoreh getah selepas bapanya mninggal dunia.

“Ibu dan ayah berpisah semasa berusia empat tahun, kemudian ayah mninggal dunia pada usia saya 11 tahun.

“Sejak itu, saya dijaga bagai minyak yang penuh oleh ibu saudara dan arwh nenek,” ujar anak kelahiran Raub, Pahang ini.

Mengimbau kenangan semasa kecil, gadis berusia 24 tahun ini berkata, pengorbanan kedua-dua wanita yang digelar Maktih (Maharan Zakaria), 57 dan Makcik (Norhafizah), 55, 

membuatkan dia menanam azam yang tinggi untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan.

“Saya tidak datang dari keluarga yang senang dan ibu saudara saya merupakan tempat saya berkongsi kasih sepenuhnya setelah nenek saya mninggal pada 2017.

“Peng0rbanan fizikal, kewangan dan mental mereka membesarkan saya dengan hasil pendapatan cukup-cukup makan sebagai penoreh getah membuatkan saya tekad mengubah nasib keluarga dan membalas jasa.

“Saya amat bersyukur kerana niat untuk tidak membebankannya termakbul apabila berjaya ke menara gading hasil tajaan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB),” katanya.

Bukan hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata, anak kedua daripada tiga beradik ini turut mengambil pengalaman menambah kemahiran insaniah melalui penglibatan kokurikulum.

Pada tahun pertama pengajian, dia menyertai Persatuan Mahasiswa Darul Makmur (Permada) dan menceburkan diri dalam kepimpinan melalui Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor (KC) ketika tahun kedua termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar UPM pada tahun ketiga.

“Di sebalik kesibukan di dalam bidang kokurikulum, saya juga membuat kerja sambilan di Farm Fresh UPM setiap hujung minggu sekiranya mempunyai masa lapang,” katanya.

Pencapaian akademik dan penglibatannya membuatkan dia meraih hadiah utama universiti sempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47 iaitu Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah selain meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah ini merupakan Hadiah Universiti tajaan Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS).

“Syukur atas penganugerahan ini dan inilah hadiah terindah buat arwah nenek serta ibu saudara saya. Lebih indah lagi sekiranya nenek ada di sini untuk meraikan kegembiraan,” luahnya sebak.

Malah sebagai penghargaan kepada kedua-dua ibu saudaranya, mereka turut dibawa bersama menaiki pentas semasa dia menerima anugerah berkenaan.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post