Doktor 'Check Up' Umum Uqasha Sensrose Kini Hamil Anak Sulung "Selamat Menjadi Ibu Bapa"

Selepas dua kali mengalami kegugur4n, pelak0n Uqasha Senrose dipercayai sedang berbadan dua.

Ia susulan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi berkongsi kehadiran Uqasha dan suaminya, Kamal Adli ke hspital berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun TikT0k miliknya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan itu sedang berbincang dengan Saroni di pejabatnya selain bergambar bersama.

Lebih menarik perhatian ramai apabila Saroni yang mengalu-alukan kehadiran mereka turut memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut.

“Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa,” tulisnya.

Menjengah ke ruang komen, net1zen tertanya-tanya sekiranya aktres berkenaan sedang hamil dan tidak kurang ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Perkongsian itu sudah tentunya mencur1 perhatian wargamaya yang tertanya-tanya mengenai posting tersebut.

Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pelakon drama ‘Perempuan Tanpa D0sa’ itu mengenai spekulasi tersebut.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post