Gadis Ini Minta Bantuan Edit Foto Graduasi Bersama Arwh Datuk , Terbongkar Kisah Sedih Selepas Gambar Siap Di Edit.

Pemergian insan tersayang dan penting dalam hidup pasti memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja yang melaluinya.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat bersama untuk meraikan momen indah atau pada hari-hari istimewa.

Itulah yang dirasai dieyyy1 atau Diyana yang rindukan arwh datuk dan neneknya pada hari graduasi.

Keinginannya ini semestinya mustahil untuk direalisasikan kerana datuknya sudah mninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, sebagai tanda menghargai jasa kedua-dua insan penting ini, Diyana meminta b4ntuan orang ramai untuk menyunting foto graduasinya dengan menggabungkan gambar lama nenek dan arwh datuk.

"Hi, ada tak sesiapa boleh edit (sunting) gambar konvokesyen nak dengan nenek dan arwh datuk?

"Saya nak minta tolong. Saya sanggup bayar," tulisnya dalam ciapan berserta dua keping foto.

Ciapan tersebut menjadi tular apabila ramai yang bersimpati mendengar kisah Diyana yang dijaga oleh datuk dan neneknya sebelum ini.

Jika diteliti pada ruangan komen, ramai yang sudi membantu menyunting foto sebagaimana diminta Diyana mengikut kreativiti masing-masing.

Nenek dengan arwh datuk menjaga saya dari darjah lima sampailah SPM. Mereka sayang saya lebih daripada anak sendiri.

Malah, tiada sebarang bayaran atau caj dikenakan oleh net1zen setelah mereka menyunting foto berkenaan.

"Nenek dengan arwh datuk menjaga saya dari darjah lima sampailah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Mereka sayang saya lebih daripada anak sendiri.

"Dengan merekalah saya dapat tumpang kasih sayang di saat keluarga saya sendiri jauh dan sibuk dengan keluarga baru masing-masing (bercerai).

"Setiap minggu, arwh datuk dengan nenek akan datang melawat dekat hostel sebab tak nak saya bersedih tengok orang lain jumpa ibu bapa sedangkan saya punya parents jauh sangat," imbasnya.

Terharu dengan kebaikan net1zen, graduan Universiti Malaya ini tak henti-henti berterima kasih kepada orang ramai.

Katanya, melihat hasil-hasil suntingan gambar dibuat orang ramai membuatkan dia mengalirkan air mata gara-gara sebak.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post