Gitaris AG Coco Hidap Peny4kit Buah Pinggang Tahap Tiga , Isteri Mohon Doa Diberi Kesembuhan

Gitaris Kumpulan Hujan iaitu AG Coco didiagnosis menghidap peny4kit buah pinggang tahap ketiga.

Isteri AG iaitu Zuliana Eusoff memaklumkan suaminya itu kini sedang menjalani pembed4han 'ureteric stent insertion' iaitu memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing.

Pembed4han itu adalah bagi membenarkan air kencing mengalir daripada buah pinggang ke pundi kencing melalui ureter untuk menyahsekat batu karang yang menghalang aliran air kencing dalam buah pinggang.

"Suami saya AG Coco akan menjalani pembed4han kecil (memasukkan stent ureter) untuk batu karang di buah pinggangnya.

"Saya amat hargai jika anda dapat mendoakan dia (AG Coco) supaya diberikan kestabilan dan kesembuhan kerana dia juga pada awalnya didiagnos dengan peny4kit buah pinggang tahap tiga," katanya.

Zuliana memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory pada Selasa.

Tambah Zuliana, dia juga berasa sebak apabila tidak dapat berada disamping suami ketika ini.

"Sungguh menyayat hati apabila saya berada beribu-ribu batu jauh darinya bersama anak saya yang ketika ini amat memerlukan kami sekarang.

"Tetapi saya yakin perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan," ujarnya.

Difahamkan, Zuliana kini sedang berada di London, United Kingdom bersama anak mereka, Hidayat Hezry.

Untuk rekod, AG atau Hedzry Hafiz, 38, dan Zuliana berkahwin pada 10 Disember 2016 dan mempunyai seorang anak iaitu Hidayat yang kini berumur 6 tahun.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post