Guru Kongsi Momen Perjalanan Pulang Minggu Terakhir Sesi Sekolah 2023 Buat Ramai Sebak

Pelajar akan mulakan sesi persekolahan baru pada tahun depan. Begitu juga dengan guru-guru bertugas. 

Tidak dinafikan lagi peng0rbanan mereka untuk bekerja dan memberi ilmu kepada anak murid sangat besar tambahan lagi yang bertugas di kawasan pedalaman.

Baru-baru ini, se0rang guru berkongsi gambar tentang suasana dia dan rakan guru yang lain pergi ke sekolah di Fb telah mencur1 tumpuan. Difahamkan, guru itu telah berkhidmat di Sekolah Pos Balar selama 3 tahun.

"Tahun ke 3 aku di sini maka banyaklah juga kenangan dan pengalaman yang aku kutip sepanjang menjadi pemastautin di sini. Pos Balar, wilayah terdampar jauh di hutan belantara tapi penuh dengan cerita yang indah untuk di kongsi" tulisnya.

Banyak rintangan yang dilalui untuk menuju ke sekolah

Menerusi gambar yang dikongsi, dapat dilihat dia dan rakan guru menaiki motor ke sekolah. Jalan yang tidak rata itu membuatkan mereka susah untuk menunggang motor. 

Ada juga hari yang mereka terp4ksa menempuh laluan sungai di mana mereka perlu menolak motor.

Manakala pelajar dan anak murid disuruh menaiki kereta 4x4 untuk keselesaan mereka. Guru itu tidak pernah mengeluh dan masih tidak berputus asa teruskan bertugas walaupun cabaran itu telah menjadi rutin harian mereka.

"Cerita dan kisah benar kami yang mungkin tidak semua orang boleh melalui dan merasai.Ada denyut nadi dan rasa yang seiring dengan bait-bait tulisan aku. Selang seli aku gambarkan keindahan alam hijau serta dinginnya rasa dan suasana di sini.

Ada ketika aku lukiskan dengan bait tulisan bahawa bukit dan gunung menjadi saksi perjalanan kami meredah denai dan lorong sempit. Saat ketika, terjatuh dan tergolek namun begitulah kami sentiasa tersenyum dan terus tersenyum." tulisnya.

"Semoga kegetiran dan pengorbanan tuan sebagai pendidik Allah rankumkan sebagai ibadah" - Net1zen

Ketika artikel ini ditulis, posting itu meraih sehingga 2K tanda suka, 290 komen dan 790 kongsi di FB, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada guru itu. Malah, ramai yang memuji guru-guru di sana. 

Terima kasih cikgu atas pengorbanannya!

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post