Isma Aliff Semakin Pulih Selepas Ditidurkan , Walaupun Sakit Tetap Fikir Ibu Di Rumah

Keadaan kesihatan penyanyi dan pelak0n Isma Aliff semakin baik selepas ditidurkan susulan j4ngkitan kuman pada bahagian jantung dan paru-paru sebelum ini.

Adik kepada aktor berkenaan iaitu Shamsidar Ismail, 57, memaklumkan abangnya itu masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan meskipun kesihatannya semakin beransur pulih.

"Syukur setakat ini nampak keadaan dia semakin p0sitif dan beransur pulih. Dia kini masih di hspital dan belum tahu lagi bila boleh pulang.

"Sekarang masih lagi dalam pemantauan dan doktor maklumkan dia perlu-betul stabil sebelum dibenarkan pulang," katanya ketika dihubungi .

Isma atau Muhammad Latiff Ismail, 59, dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 15 Disember lalu selepas mengadu tidak sihat.

Dia kemudian ditidurkan selepas kesihatannya tiba-tiba merosot.

Tambah Shamsidah, Isma reda menerima dugaan berdepan masal4h kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hspital.

"Pada awalnya memang dia sedikit sedih, namun dia reda dengan ujian ini. Dalam keadaan s4kit pun dia masih memikirkan ibu kami yang terlantar di rumah akibat di4betes.

"Selama ini dia yang menjaga ibu tetapi dalam keadaan sekarang dia terpaksa tinggalkan ibu di rumah. Saya hanya mampu beri kata-kata semangat supaya dia lebih fikirkan diri sendiri.

"Saya juga sentiasa berkongsi keadaan ibu supaya dia tidak risau," ujarnya.

Bercerita tentang keadaan sebelum dimasukkan ke hospital, menurut Shamsidar abangnya itu secara tiba-tiba mangadu mengalami kebas pada bahagian kaki.

Penyanyi itu pada awalnya enggan menerima rawatan di hospital namun terpaksa akur selepas keadaan semakin teruk.

"Ketika di rumah dia tiba-tiba mengadu pening kepala dan kebas pada bahagian kaki. Saya bawa dia ke klinik dan doktor maklumkan bacaan tekanan darah sangat tinggi.

"Mulanya dia enggan ke hospital tetapi saya tetap bawa dia ke unit kecemasan untuk rawatan," ceritanya.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post