Isteri Kerja Gomen Gaji Cecah RM8K Pandang Suami Sebelah Mata , Selalu Ugut Nak Naik Mahkam4h.Sampai Hati Gelar Biawak Hidup

Tidak semua bahtera rumah tangga mampu belayar dengan baik kerana ia pasti berdepan ribut dan badai.

Hakikatnya walaupun perkahwinan mampu bertahan lebih sedekad, namun pergolakan tetap akan berlaku andai ia tidak dijaga dengan baik.

Itulah realiti kehidupan yang terpaksa dilalui seorang lelaki yang mempunyai pendapatan jauh lebih rendah daripada isterinya.

Sepanjang lebih 10 tahun berkahwin, dia dan isteri dikurniakan seorang anak yang sudah bersekolah rendah.

Dia dan isteri serta anak kini tinggal berlima bersama mentua.

Bergaji kira-kira RM3,000 sebulan, isterinya yang merupakan penjawat awam mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi iaitu RM8,000.

Namun si suami itu menegaskan bahawa dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan terhadap isteri, apatah lagi menggunakan duitnya.

“Daripada bayaran rumah, bil elektrik, air, internet, penapis air, semua saya bayar. Apabila dah habis bayar semuanya... biasanya baki ada RM200.

“Ini belum tolak duit belanja anak ke sekolah, duit minyak dan tol. Orang rumah (isteri) akan bantu beli belanja dapur kira-kira RM450,” katanya.

Mengambil inisiatif dengan mencari pendapatan sampingan, dia turut membeli barangan dapur.

“Kadang-kala side income kurang, orang rumah akan beli barang dapur basah,” ujarnya.

Namun luahnya, pertengkaran bersama isterinya sering berlaku sehingga menuduh dia tidak menunaikan tanggungjawab kerana tidak memberi nafkah zahir terutama kewangan.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan isterinya yang tidak menunaikan nafkah batin.

“Soal nafkah batin susah nak kata, sebulan sekali mungkin saya akan dapat. Selebihnya hampa je la. Kerja rumah saya buat... gosok baju, cuci pinggan, kemas rumah dan lain-lain lagi. Masak ibu mentua yang buat.

“Saya dilabel nak jadi biawak hidup, nak tumpang kesenangan dan bermacam-macam makian lagi,” katanya lagi.

Kita sebagai isteri kena bersyukur. Yang mana kita boleh bantu, kita bantu la seikhlas hati.

Mengakui tidak tahan dengan maki dan cacian, malah isterinya juga begitu berbangga mengakui boleh hidup sendiri tanpanya sebagai suami di sisi.

“Dia kata boleh hidup sendiri dan tak memerlukan saya dah. Sedangkan banyak dah pengorbanan yang saya lakukan.

“Saya dah tak tahan lagi dengan cacian makian ini. Isteri kerap kali ugut nak pergi mahkamah kononnya saya ni bersalah tak bagi duit nafkah, jadi nak tuntut perceraian.

“Saya dah buntu seperti nak putus asa dengan hubungan ni. Tapi apabila terpandang raut wajah anak, saya terpaksa bertahan,” katanya dengan nada sebak.

Di ruangan, pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen terhadap hubungan suami isteri yang diibaratkan ‘antara dua darjat’ ini.

“Suami gaji RM3,000 dah selesai komitmen dan tolong buat kerja rumah. Saya rasa dah terbaik dah. Kadang ada yang buat dia stres bukan setakat pasal duit. 

Sebagai lelaki mulakan perbincangan yang baik. Sekeras-kerasnya isteri apabila suami bercakap lembut akan luluh juga.

“Sebab tu pentingnya sekufu. Apabila duduk sama rendah, berdiri sama tinggi tak ada nak pertikaikan. Kalau tuan banyak berdoa, lembut hati isteri.

“Alhamdulillah suami dah jalankan tanggungjawab. Suami mampu setakat tu je. Kita sebagai isteri kena bersyukur. Yang mana kita boleh bantu, kita bantu la seikhlas hati. Baru rumah tangga aman bahagia,” komen netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post