Isteri Pelaku Tampil Mohon Maaf-"Suami Memang Panas Bar4n , Tak Boleh Dengar Orang Rem Motor"

Isteri kepada pegawai kanan p0lis yang dipercayai terbabit dalam kemalangan mel4nggar pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati dekat Meru, semalam, sehingga mninggal dunia mohon maaf kepada keluarga mngsa.

Perkara itu dikongsikan oleh kakak mngsa, Nur Zawanie Muhd. Zamrie, 28, dengan mengatakan wanita terb4bit berkata demikian ketika berada di lokasi kejadian.

Nur Zawanie berkata, isteri susp3k mohon maaf atas t1ndakan dan sikap suaminya yang panas b4ran disebabkan tidak boleh mendengar bunyi ekzos motor.

“Isteri dia ada berjumpa dengan saya sewaktu di tempat kejadian, datang memohon maaf. Ini verbally, isteri dia cakap dekat saya.

“Maaf, minta maaf. Suami saya memang panas b4ran, tak boleh dengar orang rem (ekzos) motor,”kata isteri susp3k kepada kakak mngsa.

Bagaimanapun, susp3k yang turut berada di lokasi kejadian hanya diam memb1su selain langsung tidak meminta maaf kepada keluarga.

“Semasa itu saya sampai, saya memang nampak pelakunya di situ. Si pelaku tidak ada menawarkan apa-apa pertolongan, nak telefon ambulans ke, nak memohon maaf ke, atau nak mengaku, tiada.

“Memang dekat situ ramai yang dengar, saya dan ayah saya dengar dan orang di situ pun dengan yang lelaki itu (pelaku) mengatakan dia p0lis seperti yang ditularkan. 

Saya kesal kerana kejadian itu melibatkan se0rang pegawai polis,”luahnya.

Berkongsi lanjut, Nur Zawanie yang juga jururawat berkata, adiknya masih lagi sedar dan boleh bercakap sedikit sewaktu dia tiba di lokasi kejadian. Namun, adik bongsunya itu dilihat mengalami ses4k nafas.

Tak profesional!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warg4net tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh isteri pelaku dengan mengatakan dia tidak boleh mendengar bunyi ‘rem’ motosikal.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan susp3k  tidak profesional lebih-lebih dia seorang pegawai kanan polis yang berdepan dengan perangai remaja.

Sebelum ini, tular mengenai kemal4ngan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang Muhammad Zaharif Affendi dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 44 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak berpuas hati dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Suspek yang seorang pegawai kanan polis itu telah mengejar mngsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mngsa terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan berkenaan sebelum kakaknya, Nur Zawanie datang dan memberi rawatan awal kepada adiknya.

Sumber: Ig @buletintv3,omm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post