Keluarga Arwh Zaharif Lantik Peguam , Kes Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan

Keluarga remaja berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang did4kwa m4ut akibat dilanggar seorang pegawai kanan polis pada Jumaat, melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kemati4n mngsa.

Menurut bapa Allahyarham, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, mereka sekeluarga bersetuju melantik peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) bagi memastikan kemati4n anak bongsu daripada empat beradik itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Muhd Zamrie juga menegaskan, mereka mahu kes berkenaan disiasat dan ditudvh di mahk4mah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membvnuh berbanding mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Tujuan melantik peguam adalah inginkan keadilan dan ketelusan, sebab saya tahu kami sekarang berurusan dengan pihak p0lis. Jadi saya hendakkan keadilan supaya nasib anak saya terbela, telus, dan tiada selindung-selindung, itu saja," katanya pada Ahad.

Sementara itu, peguam HWAM, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, pihaknya akan melihat dua perkara utama iaitu ketelusan proses siasatan polis di pihak keluarga arwh, 

serta tindakan perundangan sivil yang boleh dikenakan terhadap pelaku kes itu bahkan terhadap kerajaan Malaysia.

"Serta apa yang diminta oleh pihak kami ialah pampasan yang berkait dengan tindakan sivil susulan kemati4n arwh, supaya kami dapat memastikan pampasan 

sewajarnya diberikan kepada keluarga arwh," katanya yang turut bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mngsa.

Allahy4rham Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas didakwa dilanggar pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara pegawai kanan polis berkenaan dan mngsa susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, pegawai kanan polis berkenaan akan ditudvh di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin (esok).

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post