"Koi Ni Pior Kampung"Net1zen Kagum Tengok Minah Saleh Tebar Roti Canai , Makin Terk3jut Dengar Cakap Dialek Pahang

Video tular seorang 'minah salih' yang sedang menebar roti canai berjaya mencur1 perhatian net1zen sehingga kedai miliknya di Kerayong, Bera, Pahang tular menerusi media sosi4l.

Malah, video yang meraih ratusan ribu tontonan itu turut dihujani komen netizen yang bertanya tentang identiti wanita berkenaan

"Terbaiklah minah salih buat roti canai.

Fify bersyukur kedainya mendapat sambutan menggalakkan.

"Awak ada mix mat salih ke?

"Orang putih mana pula ni?" tulis beberapa netizen di TikT0k.

Bercakap, Fify, 38, berkata dia sendiri kurang pasti tentang genetik dirinya, namun mempunyai susur galur keturunan Bugis dalam keluarga belah ibunya.

Sampai kena mar4h makanan habis cepat... inilah pengalaman apabila dah viral.

"Saya tak pasti tentang dar4h kacukan. Cuma mak kepada mak saya merupakan orang Melaka, ada keturunan Bugis. Saya je yang macam ni, suadara mara saya putih biasa.

"Tapi tak tahu kenapa orang tengok saya macam ada mix. Koi ni 'pior' kampung. Saya memang anak jati Pahang dan bercakap dalam dielek Pahang," ujar Fify.

Dalam pada itu, Fify berkata dia sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi ke TikT0k akan meraih perhatian ramai, sekali gus membuka rezeki buat perniagaannya.

"Saya terharu, tak tahu nak cakap apa. Ada kala sampai kena mar4h makanan habis cepat. Beginilah pengalaman apabila dah vir4l. Kadang-kadang risau tempat duduk tak muat, makanan tak cukup.

"Sebab saya berniaga daripada pukul 6.30 pagi sampai 11 pagi je, empat hari seminggu bermula Rabu sampai Sabtu. Dulu sehari 350 keping roti. Selepas alami kecederaan badan, pinggang pun dah tak berapa elok, dokt0r sarankan buat sikit-sikit.

"Bimbang juga pinggang terus s4kit dan tak boleh berdiri lama. Sebab tu sekarang Fify buat 200 ke 220 keping roti saja," ujarnya yang sudah lima tahun berniaga roti canai.

Bercerita lanjut, Fify yang sebelum ini pernah menjadi pengusaha katering mended4hkan kemahiran membuat serta menebar roti canai dipelajarinya secara tiba-tiba sahaja selepas kemati4n datuknya.

Roti canai Fify yang sering menjadi pilihan pelanggannya.

"Panjang ceritanya. Saya memang tak reti tebar. Sebelum atuk saya mninggal, dia selalu pesan suruh buat roti canai, barulah ramai orang datang kedai. Dua ke tiga kali dia pesan.

"Tak tahu pula atuk nak pergi. Sebelum ini mak pernah cakap atok pandai buat roti canai kat kem askar dulu. Roti canai dia paling sedap, rangup, lembut dan garing. Masa dia mninggal, saya ada bersamanya.

"Lepas kebumi, petang hari yang sama juga saya rasa 'gatal tangan'. Terus saya buat roti canai. Buat-buat menjadi. Mak cakap 'sebiji' macam roti arwh atuk. Sedangkan saya tak pernah tebar roti sebelum ni, kenapa saya reti buat?" ceritanya.

Akhir bicara, Fify turut menitipkan ucapan terima kasih buat pelanggan berbilang bangsa serta pengikut TiKT0k yang sentiasa memberikan sokongan terhadap gerainya itu.

"Kepada semua followers, terima kasih selalu sokong apa saya content. Terima kasih kepada pelanggan berbagai kaum yang membeli roti canai dan nasi lemak saya.

"Hanya Allah dapat balas jasa baik semua. Sumpah terharu. Ada pelanggan yang jauh-jauh pun sanggup datang," ujar Fify yang memiliki 88,000 pengikut TikT0k.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post