Lelaki Dilabel 'Orang Bodoh' Hanya Sebab Pakai Kostum Katak , Terkilan Usaha Cari Duit Lebih Dih1na Masyarakat

Kata-Kata seolah-olah menghina yang dilemparkan kepada se0rang lelaki ini cukup memberi kesan mendalam terhadapnya.

Manakan tidak, niat mencari rezeki halal dengan menggunakan kostum animasi bagi menghiburkan kanak-kanak diperlekehkan beberapa individu.

Insiden mengguris hati itu berlaku ketika dia sedang asyik menghiburkan orang ramai di sekitar Kota Tinggi, Johor.

"Hari ini (Selasa) kembali pakai kostum animasi katak berjalan-jalan dekat bandar Kota Tinggi.

"Ada la hamba Allah seorang ni cakap dengan kawan dia. Dia kata macam orang b0doh je pakai begini jalan-jalan dekat bandar panas-panas.

"Saya dengar je apa dia cakap. Apabila berhenti tengok dia, terus dia pergi," imbasnya menceritakan semula apa berlaku.

Sudah pasti perbualan tersebut mengguris hatinya kerana pekerjaan sebegitu dipandang h1na segelintir pihak.

Namun menurut lelaki itu, pekerjaan tersebut dilakukannya bagi menambah pendapatan untuk perbelanjaan diri dan keluarga.

"Ya saya tahu kerja saya ni hina di mata orang yang berharta macam awak... sebab tu boleh je awak cakap macam tu.

Selagi boleh cari rezeki halal dan tak susahkan orang lain teruskan je.

"Saya sedang usaha (tambah pendapatan) untuk isteri yang tengah mengandung sekarang ni. Saya cuma nak hiburkan budak-budak dan diri sendiri," jelasnya dalam hantaran tular tersebut.

Hantaran dibuat pengguna Fb menggunakan akaun Oby Shaari itu ternyata mengundang sebak orang ramai.

Jika diteliti di ruangan komen, kebanyakannya begitu bersimpati dengan memberikan kata-kata semangat buat Oby yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

Malah, mereka meminta supaya dia tidak mempedulikan kata-kata individu berkenaan selagi rezeki dicari secara halal.


"Jangan pedulikan apa orang cakap. Selagi boleh cari rezeki halal dan tak susahkan orang lain teruskan je.

"Abaikan saja orang macam tu tak ada faedah pun. Janji rezeki kita dapat halal.

"Jangan give up 'abang katak'. Setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan," katanya lagi.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post