Mak Ngah Buat Suprise Bawa Bercuti , Tak Sanggup Tinggal Anak Saudara Baru Jadi Yatim Seorang Diri

Tular sebuah video menyentuh hati memaparkan se0rang wanita memberikan kejutan istimewa kepada anak saudaranya yang baru diuji pemergiaan bapa tercinta yang telah meninggal dunia pada 29 November lalu.

Menerusi hantaran video dimuat naik Hayati Ahmad di aplikasi TikT0k, dia yang mesra disapa Mak Ngah dilihat memberikan baju sejuk kepada anak saudara, Amsyar, kononnya untuk digunakan di sekolah.

Tidak lama selepas itu, dia memberitahu niat sebenar iaitu membawa anak saudaranya bercuti bersama ke Korea Selatan pada 7 Disember nanti.

Sebaik sahaja mengetahui tujuan sebenar, anak saudaranya terus menangis dan memeluk ibu saudaranya dengan erat.

Hayati memaklumkan, dia tidak sanggup membiarkan anak saudaranya tinggal seorang diri memandangkan dia baru sahaja kehilangan bapa.

“Abang (bapa Amsyar) meninggal 29 November 2023, kami (Hayati sekeluarga) nak ke Korea pada 7 Disember 2023. 

“Tak sanggup nak tinggal seorang diri dengan mak dan ayah sebab bertahun-tahun duduk dengan kami selepas abang jadi bapa tunggal. 

“Mesti dia sunyi bila kami semua tak ada seminggu,”tulisnya.

Dalam hantaran video tersebut, wanita itu meminta orang ramai mendoakan mereka dapat menggembirakan hati anak saudaranya yang telah kehilangan bapa kandung dalam hidup.

Video tersebut berjaya meraih lebih 2 juta tontonan selain membuatkan warganet tumpang sebak melihat layanan keluarga wanita itu terhadap anak saudaranya.

Mereka mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan oleh keluarga itu untuk membahagiakan hati anak yatim pada usia muda berbalas dan dimurahkan rezeki.

kejutan bapa meninggalkejutan bapa meninggalkejutan bapa mninggal

Sumber: TikT0k @hayati.ahmd,omm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post