"Minta Maaf Pada Yang Tak Dapat Beli"Faye Kusairi Sedih Ramai Tak Dapat Rasa Nasi Ayam

Baru-baru ini pelakon Faye Kusairi memaklumkan dirinya begitu seronok memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi ayam di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa.

Sedih ramai tak dapat beli

Terbaharu, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu meluahkan kekecewaannya selepas tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya yang beratur lama untuk membeli nasi ayam jualannya namun terp4ksa pulang dengan tangan kosong.

Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

Tambah Faye lagi, dia menangis bukanlah kerana ingin meraih simpati tetapi lebih kepada rasa bersalah selepas tidak dapat memuaskan hati para pelanggannya.

Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecew4 tak dapat memuaskan hati semua orang.

Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

Terdahulu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan dirinya kini menjual nasi ayam di kaki jalan selepas sekian lama mendiamkan diri dalam dunia lakonan.

Sumber: IG

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post