"Part Usap Pipi Tu Terus Menitik Air Mata"Netizen Sebak Tengok Momen Anak-Anak Syafiqa Melvin Bawa Cincin

Malam tadi berlangsungnya pernikahan kakak sulung kepada usahawan dan pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.

Anak-anak Syafiqa

Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, kelihatan pasangan yang memakai busana sedondon berwarna putih itu duduk bersebelahan di pelamin setelah selesai akad nikah.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara menyarung cincin ke jari mempelai.

Paling istimewa, kedua-dua orang anak kepada Syafiqa iaitu Zayyan Sufi, 10, dan Zahara Sumayya, 7, membawa cincin tersebut lalu diberi kepada ibu dan bapa mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan kesejahteraan perkahwinan kedua usahawan itu.

Untuk info, pemilik nama sebenar Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan mninggal dunia pada 2018 akibat kanser dar4h.

Sumber: TikT0k

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post