Pelakon Aida Khalida Cantik Semula Jadi Di Usia Lewat 60an"Sopan Dan Lembut Ja Orangnya"

Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veter4n ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. 

Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.

Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.

Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.

Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.

Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.

Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.

Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.

Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mended4hkan dia menitikberatkan soal pemakanan.

“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).

Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”

Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post