Pelakon Mona Allen Umum Hamil , Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depan

Pasangan pelak0n Pekin Ibrahim dan Mona Allen berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada awal tahun depan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memaklumkan dia kini sedang hamil dan usia kandungan memasuki fasa trimester kedua.

"Bismillahirrahmanirrahim, syukur Alhamdulillah saya dan suami Pekin bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra.

"InsyaAllah awal tahun hadapan, Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di Instagram," katanya.

Dalam pada itu, Mona turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan kehamilannya itu dipermudahkan.

Malah, dia sempat berseloroh badannya kelihatan sedikit berisi kerana kini sudah berbadan dua.

"Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga.

"Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

"Jangan tanya dah tau kenapa saya gemuk," katanya sambil meletakkan emoji ketawa.

Sebelum ini, Pekin ketika ditemu bual mStar berkata, dia pernah menerima pelbagai petua sewaktu berusaha mendapatkan zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, Pekin dan Mona kini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Petra.

Menurut Pekin, antara petuanya adalah memintanya untuk membuka sedikit tingkap ketika melakukan hubungan intim.

Untuk rekod, Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izhan Ibrahim, 42, mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post