Peminat Bagi Gift Cecah RM 3 Juta ? Pelawak Azlee Senario Terkejut Baca Berita , Baru 2 Minggu Guna Live Di TT

Penyanyi dan pelawak Azlee Senario terkejut apabila muncul berita mend4kwa dia memperoleh gift (hadiah) sebanyak RM3 juta pemberian peminat sewaktu bersiaran langsung di aplikasi TikT0k, baru-baru ini.

Menjawab mengenai lap0ran itu, Azlee atau Azlee Jaafar, 56, berkata blogger berkenaan telah menyebarkan perkara tidak benar kepada masyarakat.

"Ya Allah siapalah yang tulis sampai tiga juta tu. Tolonglah saya baru dua minggu buat live di TikT0k.

"Ini semua tak betul. Kalau benda tak betul jangan tulis sembarangan," katanya.

Azlee berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikT0k miliknya.

Sebelum ini, Azlee tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila menerima nilai gift tinggi daripada peminat di platform berkenaan.

Peminat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Azlee kerana pernah menghiburkan dia dan arwh ibunya suatu ketika dahulu.

"Rezeki dari Allah. Terima kasih abang Azlee kerana pernah menghiburkan arwh ibu tercinta saya," tulis peminat.

Untuk rekod, Azlee mula mencipta nama bersama kumpulan komedia Senario pada era 1990-an dan antara filem-filem popular dibintangi mereka termasuk Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario dan banyak lagi.

Selain berlakon, kumpulan Senario juga mempunyai lagu-lagu popular yang sering menjadi siulan peminat seperti Sebelum Dan Sesudah, Cari Tapak, Cinta Berkarat, Cepat Kaya dan Joget Toleh Menoleh.

Sumber:Mstar , HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post