Pemuda Tak Gayat Kerja Tempat Tinggi Dan Berumah Di Atas Kren , Netizen Suka Dibawa Jalan-Jalan Healing Dari Tempat Tinggi


Meskipun berdepan cabaran serta risik0 keselamatan, Azroynaim, 26, tetap yakin dengan pilihannya untuk bergelar operator kren tapak pembinaan sejak 2017.

Pemuda yang berasal dari Pahang itu menjadi bualan netizen selepas video dia berjalan di atas bangunan tinggi tular di TikT0k sehingga menerima 4.7 juta tontonan.

Ramai netizen berasa gayat selepas menonton video TiKT0k pemuda ini.

Bercerita, dia yang senang disapa Matt Roy berkata kerjaya itu dekat dengan hatinya memandangkan ada ahli keluarga yang turut menceburi bidang sama.

"Saya memulakan kerja sebagai operator kren pada 2017. Saya pilih kerja ini sebab kena dengan jiwa, ia merupakan minat saya. Lagipun, abang-abang saya juga bekerja sebagai operator kren.

"Mula-mula masuk kerja memang ada rasa t4kut. Rasa gayat sebab tak biasa. Tapi lama-kelamaan, saya dah okay. Rasa gayat masih ada sikit. Tapi sebab dah terbiasa, jadi saya okay. Kadang-kadang je gayat," ujarnya.

Kalau buang air besar, selalunya turun. Tapi jarang sekali nak 'membuang' masa kat atas. Sebab saya jaga pemakanan.

Sebagaimana kerjaya lain, Matt Roy berkata pekerjaan sebagai operator kren turut mempunyai cabarannya tersendiri.

Paling mencabar katanya adalah perubahan cuaca yang mungkin boleh bertukar secara tiba-tiba dan tidak terjangka.

"Antara pengalaman, saya pernah kena angin ribut petir masa kat atas. Itu perkara biasa operator kren akan alami. Tapi Alhamdulillah, dilindungi sampai sekarang.

"Setakat ini, bangunan paling tinggi saya pernah kerja adalah setinggi 64 tingkat," ujar Matt Roy yang memiliki lebih 10,000 pengikut di aplikasi TikT0k.

Dalam pada itu, dia mendedahkan ramai yang turut tertanya-tanya tentang suasana kerjanya, termasuklah cara untuk membuang air, makan dan solat.

"Kalau buang air besar, selalunya turun. Tapi jarang sekali nak 'membuang' masa kat atas. Sebab saya jaga pemakanan. Kalau buang air kecil tu dalam botol je. Ada air bersih untuk cuci.

"Solat pun dekat atas. Makan pun dekat atas. Orang bawah akan gantung makanan atau minuman tiap kali waktu rehat. Dekat atas kita buat sendiri tempat solat, sebab kat atas luas dalam kabin. Muat untuk buat semua dengan selesa," ceritanya lagi.

Mengulas populariti yang diraih, Matt Roy mengakui terharu selepas menerima sokongan ramai di TikT0k, malah dia juga sempat menitipkan pesan buat mereka yang mahu menceburi bidang sama.

"Saya tak sangka boleh viral di TikT0k. Rasa bersemangat lagi nak bekerja. Terharu sangat dengan sokongan semua.

"Kalau mereka yang berminat, okay je, tak salah mencuba. Pastikan ada minat dan usaha, boleh ambil kursus tower crane kalau berminat," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen TikTok pemuda itu, ramai netizen meluahkan rasa kagum, malah ada yang turut bercerita tentang fobia mereka terhadap ketinggian.

"Bang, betul mak kata belajar tinggi-tinggi, tapi ni tinggi betul.

Perubahan cuaca merupakan cabaran utama buat mereka yang bergelar operator kren.

"Tinggi sangat kau bawa kami healing. Terima kasih bawa kami jalan-jalan atas ni.

"Kau yang jalan atas tu, aku yang rasa gayat," tulis beberapa netizen berseloroh.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post