"Penjual Beli Confident Di Mana?"Beli Nasi Lemak , Dapat Nasi Impit .Niat Nak Tolong Peniaga Gerai Berakhir Kekecewaan

Ramai yang memilih untuk berniaga di warung atau gerai makanan bagi meraih sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa kini.

Bagaimanapun, sikap segelintir peniaga makanan yang memasak secara ala kadar serta hanya mementingkan keuntungan semata-mata menimbulkan rasa kurang senang pelanggan.

Dalam satu perkongsian terbaharu di laman TikT0k, seorang wanita menyuarakan rasa kecewa apabila nasi lemak yang dibeli dari sebuah gerai benar-benar tidak seperti yang diharapkan.

Mana tidaknya, nasi lemak yang sepatutnya seroi bertekstur seperti nasi impit yang melekit dan boleh dikepal.

"Nak tanya, ni nasi lemak ke nasi impit"? tulisnya pada keterangan video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan.

Menerusi video tersebut juga, wanita itu dilihat terpaksa 'memecahkan' ketulan nasi lemak yang dibeli sebelum menikmatinya.

Tidak menyatakan lebih lanjut mengenai lokasi gerai nasi lemak berkenaan, dia seterusnya meluahkan rasa terkilan kerana niat untuk membantu peniaga sebangsa berakhir dengan kekecewaan.

"Bila support sesama Melayu be like...

"Kita bukan berkira tapi sebab kita beli guna duit kan... Niat nak support bangsa sendiri," ujarnya.

Dia dalam pada itu turut melontarkan teguran agar peniaga makanan tidak mengambil ringan dan mempelajari resipi dan cara memasak sesuatu hidangan terlebih dahulu sebelum menjual kepada orang lain.

Peniaga ni tak perasan ke nasi dia dah lembik macam nasi impit ni? Jujurlah dalam berniaga.

"Ya, rasa nasi putih bukan nasi lemak.

"Kalau dah tahu terlebih air, masaklah nasi baharu. Kesian pembeli... kita beli enam, semua sama. Memanglah satu nasi lemak tu RM1 tapi bayangkanlah," katanya lagi.

Sehingga kini, perkongsian wanita itu meraih 25,700 jumlah tontonan di aplikasi TikT0k.

Menerusi ruangan komen pula, kebanyakan net1zen turut bersetuju dengan pandangannya selain berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa.

"Terfikir juga... dari mana ya penjual beli confident untuk menjual ya?

"Awal sangat sambut raya. Ini kena masak kuah lontong ni... sambal dengan nasi dah readymade.

"Nasi lembik, masih panas, terus bungkus... itu yang jadi macam tu.

"Peniaga ni tak perasan ke nasi dia dah lembik macam nasi impit ni? Jujurlah dalam berniaga," demikian antara komen net1zen

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post