Pihak Polis Sedang Giat Kesan Suspek Pembunuh4n , Hadir Buat Tinjauan Lokasi Zayn Rayyan Ditemukan

Polis sedang giat menjalankan si4satan berhubung pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui tidak bernyawa pada malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan susp3k malah meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

"Setakat pagi ini (Jumaat) belum ada apa, mungkin akan ada lagi maklumat pada masa akan datang dan kami memerlukan bantuan mana-mana pihak untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita dalam proses mendapatkan keterangan secara fizikal dan apa-apa yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Zayn dilap0rkan hilang pada 5 Disember lalu sebelum ditemui tidak bernyawa di aliran anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman pada malam hari berikutnya.

Hasil bed4h siasat mendapati Zayn, 6, m4ti akibat dibunuh susulan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Allahyarham dipercayai dibunuh di lokasi lain dan sudah mninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai berkenaan.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post