Pilih Rahsiakan Hubungan Cinta , Pelakon Syafie Naswid Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Syafie Naswip membuat kejut4n apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya pada pagi Sabtu.

Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 31, memilih Nor Afiqah Ishak sebagai suri hidupnya dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri di Putrajaya dengan sekali lafaz.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang.

Majlis pernikahan Syafie dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Pada majlis berkenaan, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan.

Pernikahan pasangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram milik aktor berkenaan.

Syafie juga dilihat tidak dapat menahan air mata tatkala membaca taklik terhadap Nor Afiqah selepas sah bergelar suami.

Berita pernikahan Syafie mengejutkan banyak pihak kerana tidak ramai yang tahu akan hubungan mereka sebelum ini.

Syafie sebelum itu menerusi satu hantaran yang dibuat pada Instagram miliknya memberitahu bakal berkongsi berita di laman Instagram miliknya tentang hal berkenaan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post