Rosyam Nor Hadiahkan Mak Jah Kerusi Roda Elektrik , Siap Bagi Belanja Ubatan RM500 Sebulan

Masalah kesihatan dialami dramatis Mak Jah membuka hati Datuk Rosyam Nor menghulurkan b4ntuan berupa sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pelakon itu bergerak.

Terharu dengan hadiah tersebut, Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, berkata, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masal4h kesihatan dihadapinya yang dilaporkan pada September lalu.

Kata Mak Jah, dia sebenarnya hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor itu namun tidak menyangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik tersebut ke rumahnya.

"Rosyam tahu saya saya menerusi kisah saya yang dipaparkan dalam mStar dan dia terus telefon dan minta saya ke pejabatnya.

Mak Jah mencuba kerusi roda elektrik yang dihadiahkan Rosyam kepadanya.

"Dia tanya sama ada saya perlukan apa-apa bantuan dan saya bergurau tentang kerusi roda elektrik, tak sangka pula selepas itu dia beritahu nak hantar alat itu ke rumah," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Mak Jah meluahkan rasa terharu apabila kisahnya mendapat perhatian rakan artis yang menghulurkan bantuan tatkala dia diuji dengan masalah kesihatan.

Dedah Mak Jah, Rosyam tidak hanya menghadiahkan kerusi roda elektrik tetapi turut menghantar produk minuman kesihatan berserta wang perbelanjaan RM500 setiap bulan.

"Rosyam ada beri saya produk minuman kesihatan dan minta saya amalkan untuk kesihatan lebih baik.

"Tak hanya itu, Rosyam turut bagi wang saku RM500 setiap bulan untuk perbelanjaan ubat-ubatan saya.

"Saya memang tak sangka ramai rakan artis yang membantu dan menghargai saya sebagai pelak0n veteran," ujarnya.

Mengimbau keakraban mereka, Mak Jah memberitahu dia sudah mengenali Rosyam sebelum aktor itu masih bujang lagi.

Walaupun rapat sehingga kini namun Mak Jah berasa segan untuk meminta apa-apa bantuan daripada Rosyam.

"Sebelum ini saya memang rapat dengan Rosyam sebab saya sudah mengenalinya sejak dia bujang lagi.

"Sebelum dia jadi pelakon dan hanya bekerja dibelakang tabir kami sudah mula rapat dan melalui hidup sus4h senang bersama.

"Selama ini kami memang saling kenal tetapi tidaklah kerap berhubung. Saya pun segan kalau nak minta apa-apa bantuan daripadanya," jelasnya.

Kata Mak Jah, dia terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran namun tahap kesihatan kurang baik menyukarkan dirinya kembali berlakon.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post