Se0rang Pemuda Rusia Ajak Pakcik Peniaga Air Mata kucing Buat K0nten Sempat Selit Kata-Kata Nasihat . Pesan Untuk Utamakan Didikan Agama Untuk Anak-Anak

Bukan sahaja kaya dengan keindahan tempat-tempat menarik yang memukau, keramahan rakyat Malaysia turut menjadi tarikan buat wrga asing untuk berkunjung ke negara ini.

Pertemuan se0rang lelaki warga asing dengan peniaga tempatan di Port Dickson, Negeri Sembilan ternyata menarik perhatian ramai.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit itu, kemesraan kedua-dua mereka dilihat seperti sahabat lama kerana tidak kek0k berbual bersama.

Menariknya, pakcik yang berusia 56 tahun dan menjual air mata kucing itu dilihat selesa menjawab pertanyaan wrga asing dengan sebahagiannya dijawab dalam bahasa Inggeris.

Manakala ‘mat salih’ yang lebih dikenali sebagai Alexey Brock juga sekali-sekala berbicara dalam bahasa Melayu ketika berbual dengan lelaki yang turut menjual jeli kelapa.

“Hari ini, I'am in Port Dickson (saya di Port Dickson). Selamat malam pakcik. Ini your business?

“My name Effendi. Umur 56 tahun, berasal dari Johor. This one jelly, jelly mata kucing. The same taste. Original pure Thai green tea. You can try (Awak boleh cuba).

“Sedap, very (sangat) sedap,” kata Alexey melihat peniaga tempatan itu menjadikan bonet kereta sebagai tempat untuk menjual produk minumannya.

Pakcik Effendi yang berniaga sejak tiga tahun lalu berkata, air tersebut turut disediakan oleh anak lelakinya.

“This is one my son. (Ini anak lelaki saya buat) Say terima kasih from me untuk your son,” balas Alexey.

Dikurniakan lapan cahaya mata, pakcik itu berkongsi kehidupannya dan memberitahu apa yang penting bagi dirinya adalah memberi didikan agama kepada anak-anak.

“Duit bila-bila masa pun boleh cari until old also like me 56, also find money but your religion is very important (sampai tua seperti saya 56 tahun, masih cari duit tapi agama adalah sangat penting,” katanya lagi.

Alexey kemudian bersalaman dengan Pakcik Effendi dan berterima kasih di atas perkongsian lelaki itu.

Pakcik ni power faham Inggeris dan boleh speaking lagi tu. Bangga dengan pakcik.

Malah, dia turut mempromosi bisnes Pakcik Effendi dengan mengajak orang ramai untuk merasai air mata kucing yang dijual pakcik itu sekiranya berkunjung ke Port Dickson.

Alexey mendedahkan dia sebenarnya pernah bertemu dengan Pakcik Effendi bagi mencari nelayan untuk ditemubual, ketika kunjungannya ke Port Dickson, sebulan yang lalu.

Ternyata pemuda ini mengotakan janjinya untuk kembali ke Port Dickson bertemu dengan pakcik berkenaan.

“Saya berharap dia masih ingat saya kerana kami sembang sebelum ini cuma sekejap. Saya sangat terkejut apabila dia ingat nama saya, tetapi pakcik ini juga menemui rakan nelayan untuk saya jumpa. Terima kasih Pakcik Effendi,” ujar Alexey.

Di ruangan komen, rata-rata net1zen memuji kesungguhan yang ditunjukkan Pakcik Effendi dan Alexey yang masing-masing berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertemuan itu.

“Pakcik ni power faham Inggeris dan boleh speaking lagi tu. Bangga dengan pakcik.

“Bangga dengan kamu (Alexey), boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

“Kagum dengan usaha kamu untuk berbual dengan pakcik... pakcik tu nampak baik.

“Terima kasih Alexey kerana mempromosikan produk pakcik tu,” komen netizen.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post