Seminggu Demam Tapi Masih Lagi Kuat Cari Rezeki , Hasnol Terpaksa Masuk Hspital Akibat Jangkitan Kuman Dalam Dar4h

Seminggu mengalami demam berpanjangan, penyanyi Hasnol dimasukkan ke Hspital Serdang, Selangor pada pagi Isnin.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 53, berkata dia tidak mampu menahan kes4kitan sehingga terpaksa menghubungi ambulans dan dibawa ke hspital sendirian.

Selain berdepan batuk teruk, Hasnol juga memaklumkan pemeriksaan dibuat mendapati dia mengalami jangkitan kuman dalam dar4h.

Hasnol masih gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Hasnol sudah seminggu mengalami demam berpanjangan.

"Saya ke hspital pagi tadi dalam pukul 7 pagi. Saya sendiri yang menghubungi ambulans sebab dah tak tahan sangat dengan kondisi kesihatan begini.

"Saya mengalami batuk, asma dan d0ktor kata kandungan kuman dalam dar4h pun tinggi. Sekarang saya masih di wad kecem4san dan menunggu untuk ditempatkan ke wad biasa bagi pemantauan seterusnya," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Lagu Ku Untuk Mu ini memberitahu sehari sebelum di masukkan ke hospital, dia masih keluar mencari rezeki membuat persembahan di majlis perkahwinan yang berlangsung di Hulu Langat, Selangor.

Kata Hasnol, dia terpaksa menggagahkan diri kerana memikirkan anak-anak yang mahu memulakan persekolahan tidak lama lagi.

Nak buat macam mana, saya masih lagi mahu mencari rezeki. Anak-anak pun dah nak masuk sekolah.

"Sebenarnya saya sudah seminggu demam tidak kebah-kebah. Tapi saya tetap keluar pergi bekerja (buat persembahan) semalam (Ahad). Itu pun sebenarnya keadaan saya sudah teruk.

"Nak buat macam mana, saya masih lagi mahu mencari rezeki. Anak-anak pun dah nak masuk sekolah.

"Saya kini pun masih lagi aktif menyanyi. Harap kesihatan saya lebih baik selepas ini untuk saya terus untuk mencari rezeki," ujarnya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post