Setelah Dua Minggu Tak Sedarkan Diri , Ibnor Riza Telah Dijemput Ilahi

Selepas dua minggu dalam keadaan tidak sedarkan diri, penyanyi era 80-an Ibnor Riza menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang Ahad.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hspital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).

Pemergian Allahy4rham dimaklumkan rakan penyanyi iaitu Salwa Abd Rahman menerusi Instagram miliknya.

Ibnor disahkan mninggal dunia setelah kritik4l di hspital selepas menjalani pembed4han.

"Sahabatku sudah tiada. Semoga arwh tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulisnya.

Sementara itu, isteri Ibnor, Sarimah Sualiman, 51, ketika dihubungi  turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu jnazah Allahy4rham sedang diuruskan untuk proses pengebumian di HCTM.

Sarimah memaklumkan jnazah Allahy4rham dijangka dikebumikan di Negeri Sembilan.

Pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan k4nser limfoma dihadapinya sudah mereb4k ke bahagian otak.

Allahy4rham bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembed4han dijalankan.

Rabu lalu, Ibnor sekali lagi menjalani pembed4han susulan terdapat pendar4han pada bahagian kepalanya.

Keadaan Ibnor juga masih sama malah Sarimah ketika dihubungi memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kr1tikal.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis peny4kit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, d4rah tinggi dan migrain teruk.

Allahy4rham merupakan salah seorang selebriti yang mendapat bantuan mStar Baek.

Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan d0ktor susulan mengalami bengk4k pada lehernya.

Ibnor juga merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kes4kitan yang ditanggungnya telah ditayangkan pada Oktober lalu.

Untuk rekod, Ibnor mulakan kejaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.

Allahy4rham juga merupakan seorang kakitangan kerajaan namun bersara awal kerana memilih untuk menumpukan kerjaya seninya pada 1993.

Antara lagu yang terkenal dendangan Allahy4rham adalah Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Suka Terluka Merindu Pula dan banyak lagi.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post