Tahniah Ayda Jebat Dan Suami Atas Kelahiran Cahaya Mata Kedua .

Selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan mereka telah selamat menimang cahaya mata kedua, pagi tadi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi sebuah hantaran di Ig, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda sempat meluahkan rasa bersyukur kerana urusan melahirkan anak lelakinya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda sempat meluahkan rasa berat hati untuk meninggalkan anak sulungnya, Ana Nayla sebelum dimasukkan ke hspital sekali gus menyentuh hati ramai.

“Promise I’m yours. Mommy tinggal baby kejap ya. I’ll be back with your little brother. Gonna hug you soooo tight. Love you baby. Siapa pernah emo macam ni jugak? Aduh,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Ayda juga sempat memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan bersalinnya dipermudahkan.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post