"Tak Nampak Api Menyala Bahagian Bawah"Kereta Pelakon Roy Azman Terbakar , Hon Pengguna Jalan Raya Selamatkan Nyawa

Roy Azman berkongsi detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam bersama isteri serta anak bongsu pada malam Ahad.

Roy atau Zairosminan Abdul Rahman, 53, berkata, mereka bagaimanapun sempat keluar daripada kenderaan selepas ada pengguna jalan raya lain memberi amaran keretanya sedang terb4kar.

"Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar pukul 11 malam, ada kereta memberikan hon memaklumkan kereta saya terbakar tetap saya tidak nampak sebab api menyala di bahagian bawah kenderaan.

"Apabila sedar kejadian itu, nak berhenti pun tak boleh kerana brek pula tidak berfungsi... Mujur brek tangan berfungsi.

"Syukur isteri dan anak bongsu sempat lari keluar daripada kereta," katanya.

Roy menceritakan perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya pada pagi Isnin.

Sebelum itu, Roy berkongsi rakaman keretanya terbakar selain gambar memperlihatkan kenderaan tersebut h4ngus.

"Mujur sempat berhenti dan tidak langgar pembahagi jalan. Kereta tersasar sikit tetapi sempat berhenti," ceritanya.

Bercakap lanjut, kata Roy dia baru sahaja mengambil kereta itu dari sebuah bengkel bagi tujuan baik pulih.

Sumber:Mstar,HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post