Wannita Ini Terkejut Ruang Parking Dan Laman Rumah Jadi Kebun , Jiran Tiada Adab Selamba Tanam Cili Tanpa Minta Izin

wanita tercengang apabila kediaman miliknya yang ditinggalkan tanpa penghuni 'dicer0boh' oleh orang lain.

Wiwinsya menerima 'kejutan' itu apabila meninjau kediaman miliknya itu yang dibeli sejak satu tahun lalu sebelum kisahnya itu dikongsikan di media sosi4l.

Menurut wanita ini, kawasan halaman dan parkir rumahnya dipenuhi dengan anak pokok cili, dipercayai ditanam oleh jiran tanpa mendapatkan keizinannya terlebih dahulu.

"Memang boleh ke? Rumah tak digunakan tiba-tiba jiran tanam cili tanpa izin?

"Rasa nak menangis tapi ye tapi jadi tergelak melihat sikap manusia tak sedar diri," jelasnya menerusi tulisan pada video.

Menurut salah seorang penduduk di kawasan itu, mereka sudah menasihati pelaku (jiran) supaya bertanya kepada pemilik sebelum membuat aktiviti berkebun itu.

Bagaimanapun, jiran tersebut tidak mengendahkan nasihat dan teguran itu dengan menegaskan bahawa dia akan berjumpa dengan Wiwinsya sendiri nanti.

Tambah Wiwin, dia berasa terkilan dengan sikap individu tersebut yang tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu untuk menanam cili sedangkan kediaman kedua yang didudukinya terletak tidak jauh dari rumah kosong itu.

Dalam video lain, wanita ini menjelaskan kediaman itu lama dibiarkan kosong kerana dia kekurangan modal untuk melakukan pengubahsuaian.

"Memang betul ada jiran lain beritahu saya yang jiran ni tanam cili tanpa izin. Tapi katanya tak perlu beritahu saya, nanti dia jumpa sendiri je.

"Sedangkan rumah yang saya duduk dekat je dengan rumah ni. Satu kampung je dengan tempat kerja saya. Yang pentingnya adab. Saya ke sini (rumah) tak boleh parkir sebab ada tanaman.

Apa-apa pun menanam pokok di halaman orang tanpa izin adalah perbualan kurang baik ye... walaupun belum didiami.

"Rasa nak alih je tapi saya tunggu orang yang tanam je (alihkan). Itulah adab," ujarnya membalas komen netizen.

Menjawab soalan netizen, dia memaklumkan kebiasaannya akan datang ke rumah tersebut dua minggu sekali tetapi baru-baru ini tidak datang selama sebulan.

Wiwin menyifatkan individu tersebut sebagai tidak prihatin dan peka mengenai adab menggunakan harta benda orang lain.

Wiwinsya menjelaskan kenapa dia masih tidak menghuni rumah tersebut.

"Apa-apa pun menanam pokok di halaman orang tanpa izin adalah perbualan kurang baik ye... walaupun belum didiami.

"Sekiranya anda ada rancangan nak bercucuk tanam macam ni hentikanlah," katanya.

Untuk rekod, video dimuat naik di TikT0k ini dikongsi oleh warga Indo'nesia tetapi turut menjadi tular hingga ke Malaysia.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post