Wartawan Hiburan Yang Dilaporkan Kritik4l Di London Mninggal Dunia

Wartawan hiburan Fiza Kamarudin disahkan mninggal dunia akibat pend4rahan dalam otak di Hspital Charing Cross, London pada Khamis.

Berita itu dimaklumkan oleh sahabat kepada Fiza atau Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang menerima khabar duk4 itu daripada keluarga arwh.

Allahy4rham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu Malaysia.

Adik Allahy4rham, Siti Nor Hazlinda Kamarudin, 39, berkata, pend4rahan otak itu disebabkan sel k4nser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan kakaknya rebah di lapangan terbang.

Menurut Hazlinda lagi, percutian ke London adalah hajat terakhir arwh bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

"Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi dia cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti.

"Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak," katanya.

Sebelum ini, Fiza disahkan menghidap k4nser payudara tahap tiga pada Julai 2018.

Sementara itu, Hazlinda berkata, abang iparnya, Mohd Roshdi Ramli sedang dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia di London untuk membawa pulang jnazah ke tanah air.

"Kami baru dapat bercakap dengan suami arwh. Keputusan membawa pulang jnazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwh sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwh. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan," ujarnya.

Fiza sebelum ini dilaporkan rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London Selasa lalu ketika menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Arwh sempat menunaikan hajat membawa anak-anak bercuti ke London.

Suami Allahy4rham kemudiannya membawanya ke hspital berkenaan bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun keadaan arwh dilaporkan kritik4l sejak dimasukkan ke hspital.

Allahy4rham yang juga editor di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media berkunjung ke London selepas terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama suami dan dua anak mereka.

Fiza sekeluarga berlepas ke negara berkenaan pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember lepas.

Fiza sebelum ini pernah berkhidmat di akhbar Sinar Harian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan portal Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, keadaan Fiza yang dilaporkan media turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyalurkan bantuan kewangan segera kepada suaminya.

Bantuan tersebut menerusi Tabung Kasih Hawana yang merupakan salah satu inisiatif pihak kementerian bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup.

Ia dilancarkkan sempena Sambutan Hari Wartawan Malaysia (Hawana) 2023 pada Mei lalu.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) juga melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza yang masih menerima rawatan di London.

Setakat ini, WHAM berjaya mengumpul sekitar RM23,000 sejak tabung itu dilancarkan.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post