Anggota P0lis Terjah Remaja Main Futsal Waktu Malam , Uji Mereka Dengan Kuiz Agama . Dapat Bola Baharu Jika Jawab Betul

Anggota p0lis memikul t4nggungjawab besar untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.

Selain mencegah kegiatan jnayah, anggota polis juga sewajarnya menjadi teladan kepada orang awam terutama generasi muda hari ini.

Melalui satu perkongsian video tular di TikT0k, seorang anggota p0lis dilihat menerjah masuk ke sebuah gelanggang futsal di mana beberapa remaja sedang bermain di dalamnya.

Anggota polis itu kemudian memanggil kesemua mereka untuk berkumpul di sekelilingnya bagi memberikan sedikit nasihat mengenai ketaatan kepada ibu bapa.

Mereka bertind4k sedemikian kerana ada dalam kalangan kumpulan remaja itu dikatakan keluar rumah tanpa memaklumkan tujuan sebenar kepada penjaga untuk bermain futsal pada waktu malam.

"Eh tak boleh macam ni, kena beritahu ke mana kita nak pergi, dengan siapa kita keluar.

"Walaupun mak ayah tak akan setuju, tapi percayalah, apabila kita jujur dalam setiap perkara, lama-kelamaan mak ayah adik akan restu pergerakan adik.

"Janji dekat abang yang adik tak akan cuba tipu mereka," ujar anggota p0lis itu cuba memberikan pengajaran.

"Janji abang!" jawab kumpulan remaja itu serentak.

Jadi nasihat abang kepada adik-adik semua, jadilah anak yang soleh, itulah harapan paling tinggi untuk mak ayah kita.

Di ruangan kapsyen, anggota polis itu turut menjelaskan bahawa apa yang dilakukan itu lebih kepada nasihat, bukan memarahi mereka.

"Abang bukannya marah tapi abang bagi nasihat. Sebab apa abang rajin nak bagi nasihat ni?

"Jawapannya tetap sama macam ibu bapa kita yang m4rah iaitu sebab terlalu sayang," ujar anggota p0lis tersebut.

Anggota polis berkenaan kemudian melihat bola lusuh yang digunakan kumpulan remaja itu dan bercadang untuk menggantikannya dengan yang baharu.

"Setiap hari main guna bola ni ke? Siapa punya? Oh ada orang bagi bola ni masa pilihan raya hari tu ye.

"Okay tak mengapa, abang ada satu bola dekat rumah, kalau adik sanggup tunggu, abang pergi ambil. Ya ini serius, sebab abang pun tak guna, abang bagi dekat adik," kata anggota polis itu.

Kumpulan remaja terus mengucapkan terima kasih dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.

Seketika kemudian, anggota polis itu kembali dengan bola yang dijanjikan tetapi sempat membuat satu sesi kuiz dahulu bersama kumpulan remaja berkenaan.

"Siapa yang boleh jawab soalan abang ni, dia boleh pegang dan jaga bola ni. Abang tahu ramai yang nak tapi kena jawab dulu.

"Soalannya, kita semua akan mati dan apabila kita mati, semua amalan kita akan terputus, kecuali tiga amalan ni yang masih mengalir ke liang lahad. Apa dia tiga amalan tu? Cuba jawab," uji anggota polis tersebut.

"Alamak tak tahu la abang," balas kumpulan remaja itu terpinga-pinga.

"Okay baiklah, abang bagi jawapan, tiga amalan ini, yang pertamanya adalah sedekah, kedua, ilmu yang bermanfaat, ketiga, doa anak yang soleh.

"Jadi nasihat abang kepada adik-adik semua, jadilah anak yang soleh, itulah harapan paling tinggi untuk mak ayah kita. Janji dengan abang ya," kata anggota polis itu.

Anggota polis tersebut kemudian menyerahkan bola itu kepada seorang remaja daripada kumpulan berkenaan dan mengamanahkan mereka untuk menjaganya dengan baik.

"Main elok-elok bola itu, jangan gaduh pula," ujar anggota polis tersebut menutup bicara.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post