"Awak Kena Naikkan Harga"Peniaga Nasi Bajet RM3.50 Kena Marah Gara-Gara Jual Murah , Dituduh Tutup Rezeki Orang

Pasti ramai bersyukur apabila masih ada lagi peniaga yang menjual nasi berlauk pada harga murah hingga dianggap tidak masuk akal di tahun 2024 ini.

Namun gara-gara menjual sebungkus nasi dengan pelbagai pilihan lauk pada harga serendah RM3.50, seorang peniaga ditegur individu tidak dikenali.

“Datang seorang hamba Allah ke gerai nasi bajet baru-baru ni. Dia tanya satu RM3.50 ke? Saya pun mengiyakan. Dia tanya lagi ‘lauk asing atau campur nasi?’ Saya pun jawab lauk asing,” tulis peniaga itu menerusi satu perkongsian di laman X.

Tidak berhenti setakat itu, lelaki berkenaan kemudian dengan lantang mempersoalkan tentang jualan nasi bajet yang diusahakannya.

Malah, persoalan itu ternyata membuatkan peniaga berkenaan terkedu seketika apabila mendengarnya.

“Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup?

“Mesti orang beli kat awak sebab murah. Awak kena naikkan harga jadi RM4.50, kena selarikan (harga) nasi Rahmah,” kata lelaki itu lagi.

Bagaimanapun peniaga wanita itu tetap tenang meskipun ditanya soalan bertubi-tubi dan tetap bersikap profesional berhadapan dengan individu berperangai seperti itu.

“Encik ambil sebungkus ni, saya bagi percuma je. Encik cuba. Kalau okay, boleh singgah beli nanti, saya senyum dan malas nak layan,”

katanya yang berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang berkunjung ke gerai nasi bajetnya di Seksyen 6 di Kota Damansara, Selangor.

 peniaga itu, Nurul Hashima Abu Aris berkata, dia tidak terkejut dengan kata-kata lelaki berkenaan kerana kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku sepanjang dia berniaga sejak 2020.

“Saya dah pernah kena sebelum ini, tapi bukan dengan nada sedemikian. Jadi, saya senyum sajalah. Saya pernah hidup susah jadi saya jual nasi bajet ni sebab faham sangat.

“Saya pernah catu makanan, berpuasa sebab tak ada duit nak makan siang. Jadinya, kita tolong semula orang lain dengan harga murah supaya tidak membebankan mereka.

“Saya mula berniaga nasi bajet awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada 2020. Masa PKP dulu, yang susah sangat ramai. Nak makan pun tak berduit, 

barang dapur tak ada sampai anak minum air paip je... saya tengok sendiri keadaan mereka,” katanya.

Saya bukan jual nasi campur cedok sendiri tu... kita dapat beli barang murah, jual la murah.

Mengenai tuduh4n menutup periuk rezeki peniaga lain, dia yang mesra disapa Shima berkata isu itu tidak sepatutnya timbul.

“Saya berniaga waktu petang sahaja, dalam dua hingga tiga jam. Berniaga di gerai tepi jalan yang tak ada jiran peniaga kiri dan kanan. Tak kacau peniaga lain terutama yang jual nasi tengah hari.

“Kadang saya pun beli lauk untuk makan sendiri dekat peniaga-peniaga di kawasan sini, meriah. Kita support antara satu sama lain,” ujarnya.

Tambah Shima, sudah namanya nasi bajet maka sukatan atau portion yang dijualnya bersesuaian dengan harga ditawarkan.

“Saya bukan jual nasi campur cedok sendiri tu. Kita dapat beli barang murah, jual la murah. Kadang memang struggle nak kekalkan harga RM3.50 ni tau.

“Pernah la rasa nak rehat lama, macam tak mampu. Lagi-lagi dengan kec4man orang. Alhamdulillah, Allah tu ada je bagi jalan nak mudahkan urusan jual beli ni.

“Lagi pula memikirkan ramai pelanggan yang sangat mesra dengan saya. Itu yang bertahan lagi ni. Alhamdulillah, saya terharu sangat. Ini yang jadi penambah semangat saya,” jelasnya.

Mengenai nasi bajet yang ditawarkannya secara percuma kepada lelaki itu, Shima berkata, dia mengambilnya sebelum beredar.

“Dia ambil je nasi yang saya bagi percuma tu. Agaknya dia segan kot sebab kebetulan ada pelanggan lain singgah beli ketika itu,” katanya lagi.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post