"Ayash Tak Sempat Tengok Ibunya" , Semoga Kalian Bersatu Di Syurga"Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubur Arwh Siti Sarah Undang Sebak


Pemergian penyanyi Allahy4rhamah Siti Sarah kira-kira tiga tahun lalu memberi kesan yang mendalam terhadap setiap ahli keluarga dan peminat-peminatnya.

Terbaru, suami kepada arwah iaitu Shuib membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu kandung mereka.

Ramai yang merindui arwh

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikT0k, kelihatan Shuib bersama ibu, isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anaknya iaitu Ariq Matin dan Ayash Affan menziarahi kubur arwh Sarah.

Paling meruntun perasaan apabila anak bongsu Shuib iaitu Ayash yang berusia 2 tahun menyentuh batu nisan arwh ibunya.

Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yang paling indah. Amin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargnet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan agar arwh Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dalam pada itu, mereka juga memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya.

Ayash satu-satunya anak arwah yang tak sempat didodoi mahu pun disusukan arwh. Semoga bersatu kalian di syurga.

Tengok Ayash auto sedih sebab dia tak sempat tengok ibu dia.

Tak kenal Watie, tapi jadi suka dan sayang pula dengan dia. MasyaAllah, baiknya Watie ni.

Bagusnya Watie ni, beruntung Shuib dapat Watie yang faham. Semoga sentiasa dimewahkan rezki sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan Shuib sekeluarga.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan C0vid di Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwh menjalani pembedahan melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jnazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

Ibu,AYASH datang ni ?? Kami terlalu Rindu Ibu,dari hari pertama,harini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yg paling Indah.Amin ? @Siti sarah raissuddin @Watie Hanifiah #Shuib #AyashAffan #SitiSarah #Watie

Sumber: TikT0k Shuib

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post