"Badan Lilo Sudah Keras"Perjalanan Akhir Kucing Kesayangan ,Wanita Cuba Suap Makan Kegemaran Tapi Tiada Respons

Perkongsian seorang wanita di TikT0k tentang kucing kesayangan yang diberi nama Lilo sedang n4zak mengundang sebak orang ramai khususnya pencinta si bulus.

Menurut Nuramalina Razak, kucing baka British Short Hair itu mula mengalami s4kit sejak kira-kira tiga bulan lalu namun d0ktor gagal mengenal pasti peny4kit sebenar yang dihidapi haiwan terbabit.

Ketika dihubungi dia yang lebih senang disapa Amel berkata si bulus yang berusia 10 tahun itu sudah dijaganya sejak tiga tahun lalu.

"Saya dah lama jaga Lilo ni. Dulu selepas tuan Lilo balik kampung disebabkan PKP, ia terbiar dan tak sihat jadi saya pun ambil bela. Masa tu berat bawah 1.5 kilogram (kg).

"Sejak saya pelihara, berat Lilo naik sehingga lebih 4kg. Lilo memang kucing yang sihat saja sejak saya bela tapi kebelakangan ni dia semakin kurus. Saya pun bawa dia berjumpa dengan doktor.

"Seminggu lepas jumpa doktor ia sihat je tapi tak lama lepas tu dah tak aktif macam selalu. Tak lama lepas tu Lilo mati. Doktor syak terkena penyakit parvo (canine parvovirus)," ujarnya kepada mStar.

Ujar Amel, dia tidak menyangka kucing jantan kesayangannya itu 'pergi' meninggalkannya begitu cepat.

Mengulas mengenai momen meruntun jiwa seperti yang dikongsikan di TikT0k, Amel berkata pada ketika itu dia berada dalam fasa penafian dan sukar menerima hakikat kucingnya sedang naz4k.

Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, Amel tetap cuba menggembirakan kucing itu dengan memberi makanan.

Lilo jatuh s4kit secara mendadak selama seminggu sebelum kemati4nnya.

"Masa rakam video tu, badan Lilo sudah keras. Lilo tenung saja. Respons pun pakai ekor je. Waktu ni pergi beli makanan (snek) kucing sebab Lilo suka sangat dengan harapan ia nak makan.

"Apabila nampak jajan tu Lilo cuba bangun. Tapi ia jatuh terbaring semula. Kita pun suap sikit. Calit di mulut bagi rasa. Sedih sangat waktu ni.

"Sedih sebab kita tahu Lilo suka sangat makanan tu. Berjurai air mata apabila tengok Lilo tak mampu pun nak gerakkan lidah," katanya.

Akhirnya Lilo pergi buat selama lamanya pada 31 Disember tahun lalu.

Berjurai air mata apabila tengok Lilo tak mampu pun nak gerakkan lidah.

Tambah Amel yang menetap di Jelebu, Negeri Sembilan, Lilo merupakan kucing paling manja pernah dimiliki selain kucing baka Parsi, Qaseh.

"Lilo seekor kucing yang sangat baik. Kalau saya tertidur dekat mana-mana, ia akan berjalan perlahan saja supaya saya tak terjaga. Bayangkan kalau kucing jalan slowmo (berjalan perlahan).

"Saya sayangkan Lilo sangat sebab ia tak pernah kasari saya. Lilo tak mencakar, tak pernah main kasar-kasar dan suara pun lembut je. Lilo kucing paling baik saya pernah ada," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Amel turut memberikan pesanan kepada pemilik kucing berdasarkan pengalamannya selepas apa yang terjadi kepada Lilo.

"Kalau nampak kucing tak sihat, terus bawa ke veterinar. Tapi jangan bergantung pada ubat sepenuhnya.

"Cuba guna alternatif lain seperti air kelapa, rebusan air rumput helikopter dan lain-lain. Yang penting kena vaksin secukupnya," ujarnya menitipkan pesanan.

Sumber:TikT0k

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post