BCL Dan Suami Tunai Umrah Sempena Tahun Baru,Netizen Minta Muhasabah Diri Tidak Lagi Pakai Seksi

Menunaikan ibadah umrah sempena kedatangan tahun 2024, penyanyi Bunga Citra Lestari meluahkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki ke 

Tanah Suci bersama suami iaitu Tiko Aryawardhana dan anaknya Noah Aidan Sinclair serta ibu, Emmy Muchlis.

Kata Bunga, 41, kesempatan berada di Kota Makkah bersama insan tersayang merupakan satu pengalaman menakjubkan dan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan untuk penutup tahun 2023.

"Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023.

"Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan dan selamat tahun baru," katanya menerusi satu hantaran di muat naik di Ig.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini juga berkongsi video memperlihatkan dia berpeluang memegang Kaabah, selain foto-foto bersama keluarga disekitar Masjidil Haram, Makkah.

Bagaimanapun hantaran dikongsi penyanyi berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menasihati Bunga untuk mengubah cara pemakaian.

"Semoga selepas pulang dari umrah nanti Bunga dapat melihat semula cara pemakaiannya. Kalau tidak berhijab sekali pun, setidaknya janganlah memakai pakaian yang terlalu terbuka.

"Kalau sudah melaksanakan ibadah umrah, cara berpakaian juga harus diubah," tulis netizen.

Meskipun begitu, ada juga peminat memuji Bunga kerana memilih melakukan ibadah umrah sebagai simbolik menyambut tahun baharu.

"MasyaAllah tahun-tahun sebelumnya memilih pesta untuk sambut tahun baru, tahun ini dia (Bunga) memilih umrah.

"Kenapa semua (net1zen) seperti orang suci, biarlah hal ini antara Allah dan Bunga yang lebih tahu. Semoga istiqamah dan doa saja yang baik-baik," ujar mereka.

Untuk rekod, Tiko melangsungkan pernikahan dengan Bunga di sebuah hotel mewah di Bali pada 2 Disember tahun lalu.

Sebelum itu, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah, 14.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat ser4ngan jantung.

Sumber:ig

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post