"Cepat Timbul Papa"Anak Luah Rindu Mohon Bapa Kembali Selepas Terjatuh Jambatan

Baru-baru ini, tular berita mengenai seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dalam kejadian pada Isnin.

Difahamkan, sehingga kini mngsa Norhisyam Ismail, 43 masih belum ditemui oleh pasukan penyelamat yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Menerusi beberapa perkongsian di TikT0k, anak kepada mngsa dikenali sebagai Tasha ada membuat hantaran di TikT0k berharap agar bapanya ditemui.

Pada perkongsian pertama, Tasya memuat naik video kompilasi mereka sekeluarga bersama kapsyen menyatakan kerinduan terhadap bapanya.

“Rindu suara papa. Cepat timbul papa, kakak, adik-adik dengan mama nak kucup papa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Norhisyam ditemui selain memberikan kata-kata semangat buat Tasya dan keluarganya.

Semoga tabah


Berat ujian ni


Dalam satu muat naik lain, Tasya berkongsi beberapa foto perbualan antara bapa dan ibunya yang menunjukkan mangsa seolah-olah meluahkan perasaan.

Pada perbualan yang tidak diketahui tarikh itu, isteri Norhisyam yang dikenali sebagai Ida sedang memberikan kata-kata semangat buat suaminya.

Menerusi ruangan kapsyen, Tasya menyatakan bahawa  kedua-dua ibu bapanya sentiasa berbincang sekiranya mereka menghadapi masalah.

Tasya juga berkongsi bahawa bapanya sedang sakit namun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Papa dan mama saya sangat caring. Kalau ada apa-apa bincang elok-elok. Mama sayang sangat dekat papa. Papa pun kadang-kadang sweet sangat depan anak-anak.

“Sejak papa s4kit, mama lah yang selalu bagi kata-kata semangat kat dia, tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba papa tinggalkan kami macam ini.

“Kami rindu papa. Dekat rumah terngiang-ngiang lagi suara papa. Cepatlah jumpa papa, nak peluk,” tulisnya.

Terdahulu, Norhisyam yang juga peniaga k0smetik dilaporkan terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra dan dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan.

Menurut laporan, Norhisyam sempat menghubungi bapa mentua dan meminta untuk mengambil keretanya yang ros4k di lokasi kejadian.

Namun begitu, sejurus tiba di lokasi, bapa mentuanya mendapati Norhisyam sudah tiada malah saksi kejadian memaklumkan mngsa sudah tenggelam timbul dalam sungai.

Sumber: TikT0k @tasyahisyam

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post