Dalam Masa Setahun Saya Cuba Tambat Hatinya , Alhamdulillah Jodoh Kami Ada.

Selepas hampir setahun berusaha, akhirnya seorang lelaki warga emas dari Bachok, Kelantan berjaya menambat hati wanita idamannya.

Lelaki berusia 86 tahun yang dikenali sebagai Abdullah Ali berkata, isterinya, Siti Zabidah Zakaria, 63, pernah menolak pinangannya kerana wanita itu belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga.

Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu.

Menurut Abdullah lagi, dia tertarik dengan Siti Zubaidah kerana sikap lemah lembut yang dimiliki wanita itu. Tambah Abdullah, perkahwinan itu lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sis4-sis4 hidup.

Difahamkan, Abdullah memiliki tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun manakala Siti Zubaidah mempunyai dua anak berusia sekitar 40-an. Wanita itu pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah mninggal dunia iaitu pada tahun 2003 dan 2021.

Sumber: SN

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post