Enggan Makan Duit Tak Berkat , Ryan Bakery Pulangkan Semula Bayaran Jenama Boikot

Pempengaruh tersohor, Ryan Bakery mengambil pendekatan untuk pulangkan bayaran ‘jenama boikot’ yang sebelum ini diambil bagi membuat kempen di media sosi4l.

Tak nak makan duit tak berkat

Memetik laporan dari Kosmo! Ryan, 28 mengatakan yang dirinya enggan makan duit yang tidak berkat sekali gus bersolidariti demi saudara-saudara di P4lestin.

“Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan. Saya akui perkara ini membuatkan saya resah, duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan.

“Sesebuah kempen ada durasi serta tarikh tertentu yang menuntut saya memuat naik kandungan bagi produk tersebut. Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’, sebab faham perkara ini terlalu sensitif.

“Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan,” katanya.

Ryan Bakery pulangkan bayaran, fikir penderitaan rakyat g4za

Ujarnya lagi, dia langsung tidak ralat dengan tindakan tersebut kerana lebih memikirkan penderitaan yang dirasai oleh masyarakat di G4za disebabkan penind4san yang berlaku.

Tambahnya, dia percaya keberkatan dalam mencari rezeki lebih penting daripada wang ringgit yang bersifat sementara.

“Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan pada pihak pengurusan, Indigital Music mengenai pendirian saya.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, pelanggan juga memahami dan perbincangan antara saya bersama mereka berjalan lancar.

“Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh say elakkan perkara melibatkan barangan Isrel.

“Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa selebriti dan juga pempeng4ruh terkenal teruk dikecam net1zen di media sosi4l susulan melakukan kempen bagi mempromosikan barangan yang diboikot demi solidariti.

Menurut sesetengah netizen, tind4kan tersebut sama seperti menyokong penjajah yang berlaku z4lim terhadap rakyat di G4za dan lebih memikirkan wang ringgit daripada kekejaman yang dilakukan pihak tersebut.

Sumber: OMM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post