Faraid Dah Siap Di Agih , Lelaki Rimas Kakak Ipar Masih Minta Duit Selepas Arwh Abang Mninggal

 

Kerana wang dan harta, hubungan keluarga pun boleh berantakan.

Terbaharu, seorang lelaki tular di Fb selepas dia berkongsi cerita tentang balu arwah abangnya yang kerap meminta duit belanja.

Menurut pemuda itu, abangnya meninggal dunia lima tahun lalu, meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata yang masih bersekolah.

Meskipun agihan faraid telah dibuat, pemuda itu berkata dia tetap diganggu kakak iparnya yang meminta bantuan kewangan untuk persekolahan anak-anak.

"Semua harta arwh abang dah agih ikut faraid. Masalahnya sekarang kakak ipar aku selalu ganggu aku.

"Dia minta aku belanjakan duit yang aku dapat daripada faraid tu kepada anak-anak dia.

Aku bukan tak nak bagi, tapi aku sendiri pun banyak tanggungan.

"Dia suruh aku tanggung persekolahan anak dia," luah pemuda yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi Fb.

Jelasnya lagi, dia tidak dapat membantu anak-anak arwah abangnya memandangkan dia juga mempunyai keluarga sendiri untuk disara.

Dia juga bertanya pendapat warga Fb tentang cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan gangguan daripada kakak iparnya.

"Aku bukan tak nak bagi, tapi aku sendiri pun banyak tanggungan. Aku seorang suami, ada empat orang anak yang masih kecil.

"Aku ada seorang isteri yang perlu aku nafkahi. Macam mana ya nak suruh kakak ipar aku senyap? Asyik minta duit je," ceritanya lagi.

Menyangka dirinya akan meraih sokongan netizen, lelaki itu bagaimanapun menerima nasib sebaliknya apabila dia teruk dikecam.

Lebih teruk, segelintir netizen turut melabel pemuda itu sebagai pendosa kerana did4kwa mengambil hak anak-anak yatim.

"Dah terbiasa makan hak orang tu sampai tak sedar makan hak anak yatim dan menafikan hak anak yatim.

2. For majot refurnishing, have a complete budget plan before purchasing anything

"Dia tak faham ke faraid tu bukan suruh dia berjoli dengan duit tu, tu amanah. Kalau anak saudara jadi yatim piatu, tanggunghawab jatuh pada bapa saudara dia.

"Celaka dapat keluarga macam ni. Tak tahu tanggungjawab, faraid nak sebat, tanggungjawab nak lepas," tulis netizen.

Namun, ada juga yang menyokong pemuda itu dan meminta orang ramai memperhalusi lagi hukum faraid sebelum meninggalkan komen kec4man.

"Tidak wajib nafkahi anak saudara walaupun tuan mendapat bahagian faraid. Ihsan tuan sahaja untuk membantu. Tugas tuan untuk nafkah tanggungan sendiri yakni isteri dan anak sendiri. Harap maklum.

"Rupanya ramai lagi yang tak faham dan tak tahu beza konsep antara faraid dan tanggungjawab. Jelas jumhur ulama dan mufti bahawa faraid adalah hak, manakala keperluan menafkahi anak saudara itu adalah ihsan.

"Mohon kita semua belajar sama-sama dengan rujuk fatwa-fatwa mufti, agamawan dan sebagainya," tulis netizen lagi.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post