Hari Ketujuh Kelahiran ,Dayah Bakar Kongsi Nama Anak Kedua"Sedap Nama Baby Adik"

Selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember yang lalu, genap hari ketujuh kelahirannya, pengacara Dayah Bakar berkongsi pilihan nama buat anak lelaki keduanya.

Dayah dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu, Armand Muhammad Fayyadh yang mempunyai makna yang cukup indah.

Menerusi Ig, Dayah berkongsi makna pilihan nama tersebut.

“Setelah 7 hari, kami berkongsi nama putera kedua kami, Armand Muhammad Fayyadh 🤍

Armand : Pengikut Tuhan, harapan, tekad , tentera, orang baik dan terhormat

Muhammad : Yang terpuji, dirahmati

Fayyadh : Banyak berbuat kebajikan, banyak memberi/dermawan

“Semoga sifat-sifat yang membentuk seiring dengan namamu. Semoga menjadi seorang anak yang soleh, budiman, besar jiwanya, merendah diri dan berbakti kepada agama dan negara,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Dayah juga turut berkongsi momen bahagia mereka bersama anak sulung, Achbar Muhammad Fahri yang baru pertama kali bertemu dengan adiknya yang digelar ‘baby adik’. Memang comel.

Terdahulu, Dayah selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember lalu dan kini sedang berpantang.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post