Hari Pertama Hantar Rumah Pengasuh , Bayi 6 Bulan Digigit Hingga Luk4 , Seorang Lagi Anak Ada Kesan Lempang Di Muka

Hari pertama seorang wanita menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh bertukar tragedi apabila bayinya yang berusia enam bulan did4kwa digigit anak pengasuh.

Bukan satu, tapi dakwa wanita itu terdapat lebih lapan gigitan pada bayinya sehingga menyebabkan kec3deraan.

Kejadian itu dikongsikan ibu mangsa menerusi satu hantaran di Fb pada Ahad tanpa mended4hkan lokasi rumah pengasuh.

“Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi aku dan anak-anak. Baby Luth yang baru enam bulan digigit oleh anak pengasuh.

“Lebih lapan gigitan sehingga terkoyak kulit berdarah di baju,” tulisnya.

Wanita itu mendakwa terdapat kesan lapan gigitan pada badan bayi lelakinya.

Sementara itu kata wanita berkenaan, seorang lagi anak lelakinya pula didakwa dilempang sehingga trauma.

“Abang Nuh pula kesan lempang berbirat jari orang dewasa di muka. Sampai sekarang abang Nuh masih trauma hingga demam-demam.

“Dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit.. Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma,” ujarnya tanpa menyatakan umur seorang lagi anaknya.

Di ruangan komen, wanita itu memaklumkan pengasuh memohon maaf dan memberikan wang untuk merawat anak-anaknya.

“Dia minta maaf dan bagi RM50 untuk rawatan serta ubat sapu,” katanya lagi.

Menerusi perkembangan terbaharu, wanita itu memaklumkan laporan polis sudah dibuat susulan kejadian itu.

Selain itu katanya, kedua-dua anaknya juga sudah menerima rawatan.

“Doakan semuanya dipermudah dan anak-anak cepat sembuh,” katanya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi p0lis berhubung kejadian yang berlaku.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post