Hasrat Tok Ram Mahu Sambut Hari Jadi Alyah Terbantut , Tiba-Tiba Diser4ng Vertigo Di Singapura

Perancangan Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran isterinya di Singapura terbantut apabila pengarah muzik terkenal itu terpaksa dikejarkan ke hspital sejurus sampai di negara berkenaan pada 2 Januari lalu.

Isterinya yang juga penyanyi Datin Alyah, 43, memberitahu Ramli dikejarkan ke Hspital Tan Tock Seng di Singapura selepas diser4ng penyakit vertigo.

Cerita Alyah, Ramli atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram, 66, mengadu mengalami pusing kepala semasa mengangkat beg ke dalam teksi.

"Tok Ram rancang nak balik Singapura 2 hari bulan malam sebab nak sambut ulang tahun kelahiran saya di sana. Kita merancang tapi Allah SWT menentukan.

"Tok Ram kena vertigo semasa nak cari teksi masa nak angkat beg, Tok Ram beritahu kepalanya berpusing sebelum dia tunggu di dalam kereta sementara saya masukkan semua barang dalam teksi," katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi Ig miliknya pada Sabtu yang turut memaparkan keadaan Tok Ram semasa di hantar ke unit kecemasan hspital tersebut.

Menerusi hantaran sama, Alyah turut berkongsi gelagat Tok Ram yang tidur restoran milik adiknya kerana mengantuk selepas menelan ubat.

Alyah memberitahu suaminya sendiri meminta dihantar ke hspital dengan segera kerana tidak sanggup menanggung kes4kitan.

Kata Alyah, Tok Ram kerap mengalami vertigo sejak kebelakangan ini malah sudah melakukan pemeriksaan rapi.

Alyah juga turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap seorang wanita dikenali sebagai Nomah yang membantu mereka sehingga selesai urusan di hspital.

"Selepas (tiba) di Woodlands, Tok Ram kata tolong hantar di ke hspital. Alhamdulillah Allah SWT hadirkan orang baik bantu kami masa ini.

"Kak Nomah terus masuk hspital dan ke bahagian kecemasan. Saya tunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi sampai pukul 6 pagi dan ditemani Kak Nomah," ceritanya.

Dalam perkembangan lain, Alyah memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej ucapan ulang tahunnya yang jatuh pada 3 Januari lalu kerana sibuk menguruskan suami.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post