Ibu Penyanyi Shila Amzah Throwback Kembali Gmabar Bersama Anak Dan Cucu , Orang Ramai Doa Ikatan Kekeluargaan Kembali Bertaut

Selepas kemelut bersama keluarga reda, ibu kepada penyanyi Shila Amzah dilihat memuat naik video memaparkan kenangan indah bersama keluarga di laman sosial miliknya.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Fauziah, 57, meluahkan rasa rindu terhadap keluarga dengan berlatar belakangkan lagu daripada kumpulan Repvblik berjudul Sayang Sampai M4ti.

"Terima kasih anak-anak Mak. Alhamdulillah," tulisnya.

Fauziah juga meninggalkan emoji hati berwarna merah pada kapsyen berkenaan berserta tanda pagar rindu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat Fauziah dan keluarganya.

Malah, ada yang menasihati anak-anak Fauziah supaya berbaik demi ibu mereka.

"Tak sangka keluarga ini diuji sebegini, semoga aunty dan keluarga Allah berikan hikmah yang baik-baik selepas ini.

"Sedihnya. Moga Allah tambahkan kasih sayang di antara mereka sekeluarga. Besar jasa ibu melahirkan dan rindu pada anak-anaknya.

"Sementara ibu masih ada ini, berbaiklah sebab ibu ini tiada penggantinya," tulis netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, keluarga Fauziah menjadi bualan hangat netizen selepa Shila didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo terletak di Hulu Langat.

Namun Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan niatnya mahu mencari rumah baharu daripada banglo tersebut.

Kini, isu tersebut dilihat sudah selesai selepas adik Shila iaitu Syada sudah berpindah daripada rumah berkenaan selain penyanyi itu dilihat sedang dalam proses menjual banglo tersebut.

Sumber:Mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post