"Kau Tau Tak Ini Bukan Bapa Kau"Achey Berang Ada Pakcik Lepas Cakap Depan Anaknya Tiara

Pelawak, Achey, meluahkan rasa mar4h apabila ada individu yang juga saudara terdekatnya berkata suatu yang boleh mengguris hati beliau, isteri dan juga anak angkatnya, Tiara Zinnirah.

Umum sedia maklum, pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 37, dan isteri, Nor Hasanah Yahaya, mengambil seorang anak angkat, iaitu Tiara yang berusia lima tahun, sejak dari tahun 2018 lagi.

Bagaimanapun, Achey mended4hkan beliau terpaksa berdepan pelbagai hinaan dan caci4n daripada orang sekeliling gara-gara tidak dapat melahirkan zuriat sendiri hingga perlu mengambil anak angkat.

Katanya, pernah terjadi insiden yang mencetuskan kemar4hannya sebaik mendengar mulut jahat saudara terdekat berhubung perkara ini.

“Perkataan mandul, tak subur dan sebagainya sudah biasa saya dengar dan cakap ‘engkau ni masal4h’, saya cuma diam. Tapi ada satu kenduri depan anak saya dia kata ‘kau tau tak ini bukan bapa kau’.

“Rasa nak sepak pakcik tu, sebab dia tak jaga mulut isteri dia. Ketika itu saya tak okey (mar4h), orang rumah terus bangun gosok belakang minta saya sabar.

“Nak ‘tembak’, ‘tembak’ saya saja, bukan anak. Tak tahu apa yang dia cemburu atau didengkikan. Orang luar saya masih boleh buat tak peduli, tapi ini dilafazkan individu terdekat,” katanya.

Achey bagaimanapun menganggap soal zuriat adalah satu ujian dari Allah SWT dan mereka suami isteri masih tidak putus berikhtiar termasuk mencuba rawatan IVF.

Sumber: HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post