Mat Salleh Mengaku Pandai Cakap Melayu Sebab Banyak Makan Sambal Belacan , Sebut Ja Budu Terus Speaking Kelate

Zaman sekarang ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh atau tidak fasih berbahasa Melayu.

Namun lain pula bagi seorang lelaki warga asing yang kelihatan bersahaja ketika bersembang dalam bahasa kebangsaan itu.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, kepetahan mat salih itu bertutur dalam bahasa Melayu di sebuah restoran meraih perhatian warga tempatan.

Ditanya berapa lama menetap di Malaysia, pemuda berbaju kemeja-T warna biru dan bertopi itu menjawab 'enam tahun'.

"Saya baru je enam tahun... tak barulah," katanya.

Apa yang menarik adalah jawapan balasnya kepada seorang wanita yang menganggap tempoh enam tahun itulah yang membolehkannya fasih bahasa Melayu.

"Dah banyak makan sambal belacan," kata lelaki itu yang kemudian disahut dengan gelak ketawa orang di sekeliling.

Bukan setakat sambal belacan, malah pemuda yang dilihat hadir bersama beberapa rakan yang juga warga asing itu turut mengaku pernah makan budu, iaitu makanan tradisional masyarakat Pantai Timur terutama di Kelantan.

"Dah make (makan) budu kat Kelate (Kelantan)," ujarnya dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang itu sambil menunjukkan isyarat bagus.

Dalam pada itu, individu yang memuat naik video tersebut turut meninggalkan mesej yang 'mendalam' kepada segelintir rakyat Malaysia yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

"Kalau masih ada rakyat Malaysia yang tak fasih berbahasa Melayu, contohilah mat salih ni. Tak lama lagi kecek (cakap) Kelate pun boleh ni," ujarnya menerusi akaun TikTok @mrtakky.

Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji kefasihan mat salih berkenaan bertutur dalam bahasa Melayu.

Bukan setakat itu, pemuda warga asing yang selesa menikmati makanan tempatan turut mendapat pujian ramai.

"Itu dia, makan sambal belacan terus fluence (fasih).

"Lahir kat sini pun ada yang tak tahu cakap bahasa Melayu.

Lahir kat sini pun ada yang tak tahu cakap bahasa Melayu.

"Yang pelik lahir kat Malaysia tapi satu habuk bahasa Melayu tak faham.

"Bangga sangat dengar mat salih cakap Melayu," komen netizen.

Selain memuji fasih berbahasa Melayu, segelintir netizen turut menyamakan wajah pemuda tersebut mirip vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin.

Sebelum ini, tular mengenai kakitangan Jabatan Imigresen yang mempersoalkan individu yang tidak fasih bahasa Melayu ketika memperbaharui pasport di sebuah UTC.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan tindakan kakitangan itu yang diambil berkemungkinan 

kerana wujudnya unsur syak wasangka status kewarganegaraan individu berkenaan apabila tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Saifuddin berkata, sebelum ini, semasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kajian warga negara, pihaknya mendapati syarat kuasai bahasa itu juga menjadi 

syarat (kewarganegaraan) bagi beberapa negara termaju dunia seperti Singapura, United Kingdom (UK) dan sekiranya tidak boleh faham bahasa tempatan maka tidak layak.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post