Mekanik Patah Balik , Bantu Sekeluarga Yang Jalan Kaki Di Highway . Rasa Bersalah Kerana Buruk Sangka ,Memang Betul Sedang Sus4h

Setiap daripada kita memiliki cara tersendiri untuk berbakti atau menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Seorang mekanik menceritakan semula kisahnya menolong sebuah keluarga dalam kesus4han yang dilihat sedang berjalan kaki di lebuh raya.

Pada mulanya, pemuda yang menggunakan nama Abe Mark Coating di TikT0k itu mengakui berasa sangsi untuk membantu, dalam kejadian yang berlaku di Shah Alam, Selangor pada awal pagi Ahad lalu.

"Cerita malam ni. Seram sebenarnya awal-awal. Tapi pusing semula, tak sampai hati.

"Pandu kereta seorang diri pukul 2 hingga 3 pagi jumpa orang tengah jalan kaki tepi lebuh raya," tulisnya dalam hantaran dibuat.

Berasa serba salah membiarkan keluarga yang dianggap sedang berada dalam kesusahan itu, dia mengambil keputusan untuk menghampiri mereka.

"Hati tak sedap. Tadi biarkan satu famili tu berjalan kaki. Jadi duduk teringat... Nak kena pusing cari mereka semula pukul 3 pagi ni.

"Tanyalah (pada keluarga)... jaranglah orang hidup senang jalan kaki dukung anak-anak kecil pukul 2 hingga 3 pagi. Jadi mungkin boleh tolong, kita tolonglah," katanya.

Sebelum membenarkan keluarga tersebut menaiki kereta, Abe Mark membuat 'soal siasat' dengan mengajukan beberapa soalan terlebih dahulu.

"Anak menangis kelaparan. Kereta rosak, isteri s4kit. Nak pergi dataran pukul 3 pagi. Jalan kaki dukung anak. Semata-mata nak cari kedai makan dekat dataran.

"Jadi bawa mereka pergi makan dekat kedai mamak. Risau kena s4mun sebenarnya. Tapi lintasan hati orang macam kita ni.

Sekali mereka datang nak jumpa ustaz untuk berubat. Isteri s4kit mistik.

"Banyak bisikan sy4itan, sangka bukan-bukan. Jadi tanya dah jelas, jadi jom tolong," katanya.

Sejurus memasuki kereta BMW dipandu Abe Mark, lelaki yang ditumpangkan tersebut menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku kepada keluarganya.

Menurut lelaki yang juga merupakan seorang bapa itu, keretanya mengalami kerosakan di sekitar Seksyen 19, Shah Alam.

Menetap di Sabak Bernam, mereka terpaksa berjalan kaki bagi meneruskan perjalanan untuk mendapatkan rawatan alternatif isterinya yang sedang s4kit.

"Sekali mereka datang nak jumpa ustaz untuk berubat. Isteri s4kit mistik. Doakan urusan mereka dipermudahkan dan isterinya cepat sembuh," jelasnya.

Dalam hantaran dibuat, dia yang memiliki lebih 26,000 pengikut di TikTok turut menitipkan pesanan agar perkongsiannya ini dijadikan iktibar.

Jelas Abe Mark, adalah lebih baik seandainya kita bertanyakan secara terus kepada individu berkenaan daripada bersangka buruk terhadapnya.

Sumber:HM

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post