Minta Kacang Pulut Dan Tapai Semua Tiada ,Pakcik Merungut Tuan Kenduri Jamu Cendol Jagung Tak Ikut Selera

Sebut sahaja tentang majlis kenduri kahwin, nasi minyak yang dipadankan dengan lauk-pauk seperti ayam dan daging tentunya menjadi hidangan paling ditunggu-tunggu para tetamu.

Seakan sudah menjadi trend, selain makanan utama tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan sampingan termasuk manisan.

Namun baru-baru ini tular tentang sikap salah seorang tetamu di sebuah kenduri yang merungut tentang sajian cendol kerana tidak menepati selera dan kehendaknya.

“Pakcik tak mahu ais? Tambah jagung sikit lagi,” kedengaran perbualan seorang wanita yang dipercayai pekerja katerer bersama seorang lelaki yang merupakan salah seorang tetamu.

Tidak cukup dengan permintaan untuk menambah jagung, tetamu itu kemudian bertanyakan pula sama ada mereka turut menyediakan kacang buat cendolnya.

“Kacang tak ada eh? Pulut tak ada? Tapai tak ada?” soal tetamu berkenaan.

Tidak melatah, pekerja itu membalas secara sopan dengan dan menjelaskan perkara sebenar kepada tetamu.

“Tuan rumah order jagung sahaja,” katanya secara ringkas.

Meskipun dijawab dengan baik dan mengulangi menu yang ditempah oleh tuan rumah, namun tetamu itu dilihat masih tidak berpuas hati dan terus merungut.

“Tapai tak ada, pulut tak ada... apalah,” ujar lelaki itu yang kedengaran terkilan sebelum beredar sehingga menarik perhatian seorang tetamu wanita yang menoleh ke arahnya dalam keadaan tercengang.

Dia lupa ke dia makan percuma kat kenduri orang.

Menerusi rakaman video berdurasi 25 saat itu, tetamu wanita tadi kemudian cuba mengambil hati pekerja katerer terbabit dengan bergurau bagi menceriakan suasana.

“Cakaplah... pakcik nak tapai, bawa dari rumah,” katatanya yang disahut dengan gelak ketawa.


Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap tetamu itu yang dikatakan tidak bersyukur.

“Dia lupa ke dia makan percuma kat kenduri orang.

“Dah cakap tuan rumah order jagung je, tak faham ke?

“Muka akak baju kuning tu berubah apabila pakcik tu minta macam-macam. Dia pun geram macam-macam pakcik ni minta.

“Pakcik, tuan rumah dah order tu kan... syukur Alhamdulillah, rezeki tu,” komen net1zen.

Sumber:mstar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post