MK Bersama Isterinya Dan Keluarga Hadir Kursus Umrah , Rancang Ke Tanah Suci Bulan Februari

Penyanyi rap , MK K-Clique dipercayai bakal menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan keluarganya pada bulan Februari nanti.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, MK, Hajar dan Noki dilihat menghadiri kursus umrah bersama. Pasangan suami isteri ini dilihat khusyuk tatkala mendengar taklimat yang diberikan.

Tahun lalu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci. Berikutan daripada itu, dia ingin membawa keluarganya untuk menunaikan umrah bersama.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan MK, Hajar dan keluarga dipermudahkan.

Sumber: TikT0k

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post