"Nanti Potong Gaji"Mak Nak Datang Graduasi , Anak Tekad Minta Boss Beli Tiket Bas Dulu

Pastinya mereka akan merasa bangga dan ingin menjadi tetamu khas semasa majlis konvokesyen anak-anaknya nanti. Namun, bukan semua orang mampu untuk menghadiri majlis konvokesyen kerana kekangan wang dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan kisah pekerja meminta tolong bosnya telah mencuri tumpuan.

“Sir, esok mak saya nak datang sangat graduasi, tapi dia tak ada duit nak beli tiket bas. Kalau sir boleh belikan dulu tiket untuk mak dan adik saya untuk 

malam ni dari Kuala Lumpur sampai Muadzam, Jumaat ni hari gaji mak saya bayar balik,” tulisnya di laman X.

Bila ditanya siapa yang akan mengambil ibunya kerana akan tiba di Muadzam tengah malam, jawapan pekerjanya itu membuatkan ramai sebak.

“Pukul 4 pagi sampai sir. Takpe mak saya duduk kat stesen bas je pagi esok dia datang sekolah.” tulisnya.

"Arwh mak saya dulu tak datang masa majlis graduasi MRSM Muadzam. Masa tu tempat kerja dia ada problem soal gaji, daftar masuk Muadzam dulu pun naik bas dari kedah, KL, Muadzam. Allahu kenangan betul" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 464.4K views, 1K reposts dan 5K komen di laman X, netiz3n turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Malah, orang ramai disarankan untuk terus menyumbang dan membantu anak-anak yang memerlukan pertolongan.

Sumber:hm

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post